Sunday, November 20, 2011

Musabah diri~ ..selami diri

Life ..kehidupan .
Konteksnya luas,dan tiap manusia punya pandangan masing2 tentang erti kehidupan,makna kehidupan dan tujuan kehidupan. Perkongsian tentang kehidupan adalah tentang persamaan dan perbezaan kehidupan yang dijalani. Aku dilahirkan dalam golongan orang kebiasaan. Tiada yang istimewanya untuk dibezakan dengan yang lain. Bila ada insan yang berkata, ‘kau istimewa,lain dari yang lain’ aku terfikir,dengan siapakah aku dibandingkan sehingga aku dikatakan istimewa? Sedangkan di mata Tuhan,kita semua sama. Bila difikirkan,bukan istimewa tapi berbeza atau berlainan. Perbezaan itu wujud bila perbandingan dilakukan dari aspek yang tertentu. Bila berbicara tentang konteks kehidupanku,aku punya keluarga yang harus berkerja keras untuk merasa kesenangan yang rasanya seketika. Kami menunggu tiap hujung bulan,dan bertahan ketika menunggu tibanya hari gaji. Aku sentiasa inginkan kehidupan dimana kami tak perlu bertahan untuk terus bertahan,dapat merasa kesenangan yang lama sedikit.Wujud ayat ‘bersyukur’,namun bersyukur itu bukan satu alasan untuk aku berhenti berusaha beralih ke tahap yang lebih tinggi dari apa aku lalui sekarang,tapi erti syukur itu mengajar aku untuk tak merungut dengan kekurangan yang ada. Kehidupan mengajar aku bahawa dunia ini satu pementasan realiti. Wujud pula ayat ‘impian’ .Ya,impian ku banyak dan aku percaya,aku punya kuasa untuk mencapainya. Tiada yang mustahil di dunia ini jika Allah mengizinkan. Sementara Tuhan masih memberi aku masa,peluang dan kudrat untuk mencapainya,aku akan berusaha untuk mencapainya. Aku pasti,dan aku akan berusaha. Tiap kesusahan itu adalah satu perkara biasa. Aku boleh mengharunginya selagi aku tahu,Yang Maha Menyayangi sentiasa ada mendengar dan membantuku. Allahhu Akbhar!

No comments:

Post a Comment