Wednesday, February 2, 2011

Ini kisah yang mungkin pernah terjadi pada seseorang.Mungkin yang membaca, atau jiran sebelah anda atau pun kenalan anda.Saya mula percaya cerita-cerita yang ditulis adalah cerita benar atau dijadikan realiti.Kisah cinta? Sebelum ini, saya hanya membacanya tapi tak percaya yang jalan cerita itu benar-benar terjadi.Mungkin ketika ini, saya sedang menceritakan kisah cinta seseorang.Kisah ini antara seorang gadis buta dengan seorang jejaka yang nakal.

Tokyo:

Benarkah cinta itu wujud? Antara lelaki dan perempuan? Itu yang sering bermain difikirannya.Pandangannya melayang ke arah langit yang kian gelap.Duduk di perhentian bus, membuatnya berfikir.Jari telunjuknya mula menulis-nulis di awing-awangan.`CINTA’..Hem..keluhnya lembut.Dia terdengar bunyi hon bus di hujung jalan.Dia meraba-raba tongkatnya.Perlahan-lahan dia berdiri.Bus itu berhenti di depannya.Bunyi pintu terbuka.Penumpang-penumpang yang turun melihatnya seketika.’Awal kamu balik hari ni Hana.’Tegur pemandu bus itu.Berumur 43 tahun dan kerap kali bertembung dengannya.’Kelas hari ni awal balik pakcik’.Dia menaiki bus itu perlahan-lahan.Dia duduk ditepi tingkap yang terbuka.Derupan angin yang lembut menyapu mukanya yang lembut.Wanginya.Ya,dia sebenarnya buta.Sejak berumur 10 tahun,matanya mengalami kecederaan yang teruk setelah kemalangan.Sejak itu,dia bergantung kepada derianya yang lain.Melalui kedai roti,menghidu bau yang segar dan enak,sudah pun dihafalnya.Dia menutup matanya.Gelap.Imaginasinya mencipta dunianya sendiri.

‘Hana,dah sampai.Hati-hati balik tu ya?jangan melencong kemana-mana lagi tahu?’Pesan pemandu bus itu.Hana mengangguk mengerti.Itu pun sudah menjadi kebiasaannya.’Saya balik dulu ya pakcik?’Melambai.Lorong rumahnya kecil.Hari sudah pun mula gelap.Hanya cahaya lampu jalan yang menerangi jalan itu.Bagi dia,tak ada bezanya juga samaada gelap ataupun ada cahaya.Tongkatnya dihayun-hayun,mencari jalan.Selama 7 tahun dia menghafal jalan ini.Gonggongan anjing kedengaran di sebelah kirinya.’Moshi,awak dah sihat ya?’Dia menuju kearah bunyi gonggongan anjing itu.Meraba-raba mencarinya.Anjing itu ,menjilat tangannya.Dia mengusap anjng itu.Bunyi pintu dibuka,seorang perempuan sekitar 50-an keluar membawa mangkuk makanan anjing.’Eh Hana rupanya.Wah,patutlah makcik dengar Moshi menggonggong tadi.’Tersenyum.Dia berdiri sambil tersenyum.’Moshi dah sihat ya makcik?rindu dengar suara dia.Dah 2 minggu saya tak dengar dia tegur saya.’Moshi mengerak-gerakkan ekornya sambil menggesel-gesel badannya ke kaki Hana.’Ya,sebelum ni dia sakit,syukur sekarang dia dah sihat.Nampaknya dia pun rindukan kamu lah Hana.’Mereka berdua ketawa kecil melihat gelagat Moshi yang manja dengan Hana.Hana meneruskan perjalanannya balik.Dia melambai kearah makcik itu yang mengendong Moshi yang menggonggong seperti membalas lambaian Hana.

‘Saya dah balik.’Hana membuka kasutnya di depan pintu rumahnya.Seorang perempuan keluar dari pintu itu lalu menyambut tangan Hana.’Awal kamu balik hari ni sayang.Mak dah masak makanan kegemaran kamu.’Perempuan itu memimpinnya ke dalam.’Kamu pergilah mandi dulu.Nanti kita makan bersama ya?’Hana melangkah masuk kedalam biliknya,menghidupkan lampu.Kadang kala,cahaya lampu itu menerangi gelap matanya.Setelah selesai mandi,Hana menuju ke ruang makan.Hana terhidu bau masakan yang enak.Tangannya memimpin langkah kakinya.Kedudukan perabot di rumahnya tak pernah berubah sejak dia menjadi buta.Sekiranya ibunya membeli perabot baru,dia harus menghafal kedudukannya.Kesulitan ini sudah Hana terima dan dia redha dengan kejadian yang menimpahnya.’Wah,mak masak kari ya malam ni.’Dia perlahan-lahan duduk di meja makan.Ibunya tersenyum sambil mencari penyepit makanan di almari.’Kamu suka ya?Jom kita makan ya?’Ibunya menyindukkan Hana lauk itu kedalam mangkuknya.Ibunya merenung sayu wajah anak perempuannya itu.Putih,berambut panjang.Kesian,dia harus menjalani kehidupan dalam gelap yang kekal.Hana dapat merasakan suasana yang senyap itu.’Mak,kenapa ni?Mak sedang fikir apa?’Tangannya berhenti menyuap.Ibunya tersentak seketika.’Oh,tak ada apa-apa.Urm,hari ni kamu belajar apa?’Ibunya menukar topik.Hana tahu apa ibunya fikirkan.Mukanya suram namun cepat-cepat dia tersenyum.’Hari ni kami belajar lagu baru.3 bulan lagi ada pertandingan biola.Hana terpilih untuk jadi pemain biola okestra sekolah.’Ibu Hana terpegun.Walaupun Hana buta,namun minatnya dalam biola tak pernah hilang.Bagi Hana,bunyi lah yang menjadi dunianya,membuat dia tak terasing dari dunia realiti dan memberinya semangat.’Betul kah?Bagus lah.Kamu berlatih lah bagus-bagus ya?Kalau kamu ada latihan yang lama,biar mak yang ambil kamu ya?’Ibunya menyentuh pipinya yang gebu itu.Hana hanya tersenyum.Sekurang-kurangnya, itu mampu mengembirakan ibunya.Hana menyayangi insan itu setelah ayahnya meninggal ketika dalam perjalanan balik dari membeli hadiah hari jadinya yang ke-10.Tahun yang sama ketika Hana menjadi buta.Kesedihan itu terpaksa ibunya tanggung dan Hana berusaha untuk membuat ibunya tersenyum walaupun tak mampu melihat senyuman itu.Hana merenung ke arah langit yang gelap.Dia menutup matanya,membayangkan keadaan malam yang pernah dia lihat sebelum dia buta.Bagaimana malam ni?Ada bintang tak?Bulan ada tak?Wanginya bau angin ni.Itu lah yang sering dia tanya pada dirinya sebelum tidur.Selalunya,ayahnya akan menemaninya dan membacakan buku,namun Hana sudah lama melupakannya.Dia ingat lagi kata doktor yang merawatnya.Jangan benarkan diri kamu menangis lagi.Kecederaan mata kamu boleh terjejas kalau kamu menangis lagi.Belajarlah untuk tabah dan kamu boleh pulih.Ya,sejak itu Hana belajar untuk mengawal emosinya dn kiranya dia merasa sedih,dia akan bermain biola.Hanya itu yang mampu membuatnya tenang dari menyalahkan dirinya kerana kematian ayahnya.

Pagi itu,Hana menuju ke sekolahnya.Bunyi kenderaan dan lonceng sekolah menjadi penanda kepadanya yang dia berada di sekolah.Dia terdengar tapak kaki berlari melewatinya.Bau ni..Hana hafal bau ni.Sejak 3 tahun lepas,bau ni selalu melimpasinya awal pagi di sekolah,kekadang di bilik latihannya.Andai saja dia mampu melihat siapa yang memakai wangian itu.’Hana’tegur perempuan yang berambut pendek.Memegang tangannya.’Eh,selamat pagi Miya’Perempuan itu temannya sejak sekolah rendah lagi.’Amboi,cantiknya kamu hari ni Hana.Jom,kita dah lambat ni.Nanti Puan Nanami akan marah kita lagi.’Mereka menuju ke kelas 4-B yang berada di tingkat 2.Hana belajar di kelas biasa cuma caranya belajar berbeza dari yang lain.Dia lebih banyak mendengar dan merakam apa yang cikgu ajar.Dia antara pelajar cemerlang di sekolah tinggi Oyasaki.Ketika semua pelajar lega kerana dah waktu balik,Hana menuju ke bilik latihan.Tongkatnya mengetuk-ketuk sisi bangunan yang kosong itu.Hanya beberapa pelajar disana.Pintu bilik latihan itu dibukanya.Bau bilik latihan itu meyakinkan dia berada di tempat yang betul.Tangannya mencari bangku,dan membuka kotak biolanya.Tanpa disengajakan,kayu biolanya terjatuh.Hana pucat,dia tertunduk-tunduk mencari kayunya.Jarinya meraba-raba lantai.Tetiba tangannya seperti menyentuh muka seseorang.Hana terjerit kecil.Hana berundur ke dinding.’Siapa tu?’Hana mula merasa takut.Bau ni lagi.Hana terhidu bau itu lagi.Kini,bau itu makin dekat dengannya.Tangannya dipegang.Hana diam.Tangan itu kasar,menghulurkan kayu biolanya.Lalu Hana mendengar tapak kaki keluar dari bilik itu.’Tunggu!.Awak siapa?’Hana tak sempat mengucapkan terima kasih kepada orang itu.Saya tahu bau itu.Siapa dia?.Hana tak dapat fokus berlatih masa itu,memikirkan siapa orang itu.Hana ingin mengucapkan terima kasih kepadanya,namun hanya baunya yang dia tahu.Hana mengambil keputusan untuk pulang hari itu.Ketika di rumah,Hana terus memikirkan tentang kejadian petang itu.Siapa dia?Kenapa bau dia selalu saya terhidu?’Hana mengharapkan moga dia bertemu dengan orang yang memakai bauan itu lagi.

‘Kamu pasti kah kamu nak pergi ke sana Hana?Tempat tu jauh tahu.Ibu risau.’Hana duduk diatas katil bersama ibunya yang sibuk memasukkan baju Hana kedalam bagasi.Hana mengikuti latihan ke tempat lain,jauh dari tempatnya.Hana memeluk teddy bearnya.’Ibu janganlan risau.Miya pun ikut sama.Dia kan urusetia ke sana jadi dia akan tolong tengokkan saya.Mak janganlah bimbang sangat ya?’Ibunya lega.

Hana berada di perkarangan sekolahnya bersama pelajar-pelajar yang lain yang menunggu bus mereka datang.Miya mendekatinya.’Selamat pagi si cantik.Dah sedia nak bertolak?’Miya menegurnya.Hana mengangguk.Mereka menaiki bus yang akan membawa mereka ke tempat penghinapan mereka.Hana dan Miya duduk bersebelahan.Hana melihat keluar tingkap.Miya perasan yang Hana merenung jauh.’Jauh di sana,boleh nampak gunung Fuji.Sekitar 2 KM,ada landasan kereta api.Depan sikit,ada perkampungan dan sawah padi yang menghijau.Kamu nak rasa udaranya tak?’Miya membuka tingkap untuk Hana.Bau yang baru,segar dan nyaman.Hana mengambarkan semua yang Miya katakan tadi.’Mesti cantik kalau saya dapat melihat.’Miya hanya diam,tak mampu berkata apa-apa.Hana teringat kejadian di bilik latihan dulu.’Oh ya Miya,kamu pernah nampak tak seseorang kat bilik latihan selain saya?’Hana bertanya kepada Miya.’Seseorang?Urm,rasanya kamu saja yang selalu di sana lepas waktu sekolah.Kenapa Hana?’Hana kecewa.Dia menggeleng.

‘Wah,lembutnya katil ni.Adui,penatnya duduk tadi.Nak tidur lah.’Miya menghempapkan badannya ke katil.Hana tersenyum mendengar Miya berkata demikian.Dia memasukkan bagasinya kedalam almari yang di sediakan lalu mengambil tuala mandi.Ibunya sudah menyusun pakaian dan alat-alat yang penting di dalam bagasinya.’Miya,boleh tunjukkan mana bilik air tak?Nak mandi.’Hana tercegat menghadap dinding.Miya segera bangkit dari katil.Miya memimpin Hana ke tandas.’Kalau kamu nak pergi mana-mana,bagitahu saya dulu ya?’Hana berasa dirinya menyusahkan Miya.’Miya,saya minta maaf sebab selalu menyusahkan kamu ya?’Miya terdiam lalu memegang tangan Hana.’Dah beberapa kalli saya perlu bagitahu kamu Hana,jangan cakap begitu lagi.Kamu tak pernah susahkan saya.Sayakan sahabat kamu.Dah,cepat sikit mandi tu.Ini,singki,yang ini pula pili air,ini tab mandi dan ini mangkuk tandas dan di sisi kirinya pula tisu.Kalau kamu pusing belakang,dan langkah 5 tapak,tempat sangkut tuala.’Miya,memimpin tangan Hana untuk menyentuh tempat di dalam tandas itu.Hana mudah ingat kedudukan benda-benda yang disentuhnya.’Dah,cepat mandi.Saya nak mandi lepas ni.Pas ni kita makan.’Miya menutup pintu mandi itu untuk Hana.

Semua pelajar yang mengikuti rombongan itu menikmati makanan malam di dewan rumah penghinapan mereka.Miya membantu Hana untuk memilih makanan.’Ada kari tak Miya?’Hana berdiri di sisi Miya yang sibuk melihat pelbagai makanan.’Urm,tak ada lah Hana.Kamu nak Sushi tak?’Hana hanya menurut.Setelah makan,Hana meminta Miya menghantarnya ke beranda di luar rumah penghinapan mereka.’Jangan kemana-mana tahu Hana’Miya meninggalkan Hana yang duduk di kerusi yang berhadapan dengan tangga.Derupan angin menyapanya.Tak pernah dia menghidu bau ini kecuali tempat tinggalnya.Dia dapat mendengar gelak tawa pelajar yang lain di hujung kirinya.Tetiba dia mendengar bunyi kucing yang dalam kesakitan.Hana segera bangun.Dia perlahan-lahan menongkat ke bawah.Dia mencari bunyi itu,sambil memanggil-manggil.’Miming,kamu di mana?’Langkahnya putus-putus.Dia hanya dapat merasa jalan yang berbatu dan daun yang kering berkeriut apabila dia memijaknya.Bunyi kucing ituu makin kuat kedengaran.Hana terbongkok-bongkok mencari arah bunyi itu.Hana merasa bulu kucing yang basah dan kucing itu menggigil kesejukan.’Kamu sesat kah?Kamu cedera kah?Sejuk ya?’Hana memeluk kucing yang berwarna coklat itu rapat ke badannya,dan membalut kucing itu dengan skafnya.Hana berdiri,dengan tiba-tiba,kepalanya terkena dahan pohon yang rendah.Hana menahan sakitnya.Kini,Hana berasa takut.Bagaimana dia mahu balik sekarang?Dia tak tahu jalan balik.Rumah itu cuma 50 meter dari tempatnya berdiri.Hana berjalan bertentangan dengan rumah tumpangannya.Makin jauh.Tiada yang menyedari Hana telah hilang.Kucing itu masih mengigil tetapi sudah tidak mengiau lagi.Hana terus melangkah dengan harapan menemui orang yang boleh membawanya balik.Dia terdengar suaraa ketawa tak jauh darinya.Hana meneliti bunyi itu.Lelaki,lebih dari seorang.Mungkin mereka boleh bantu saya balik.Lelaki-lelaki itu sedang merokok.Hana tahu dengan menghidu bau rokok yang kuat ketika mendekatinya.

‘Maaf,boleh bantu saya tak encik?’Hana menegur lelaki-lelaki itu.Lelaki-lelaki itu menoleh.Mereka mendengus sinis.Hana dapat mendengar salah seorang dari mereka membisik ‘buta rupanya’.’Cik adik ni sesat kah?’Kata salah seorang lelaki itu sambil memegang bahu Hana.Hana menepis.Dia melangkah kebelakang.’Ya,saya dah sesat.Boleh tolong hantar saya ke rumah tumpangan Hashime tak?’Lelaki-lelaki itu ketawa berdekah-dekah.Hana mula berasa takut dan kakinya kebas.’Boleh cik adik.Mari lah ikut abang ya?’Mereka memegang Hana dengan kasar,mengusap rambutnya dan mengusik-usiknya.Hana mula menangis.Apa saya harus lakukan?Hana mula berlari namun dia di tahan.Hana menjerit meminta tolong.Lelaki-lelaki tadi mengheretnya kasar.Kucing itu mengiau dengan kuat seperti tahu Hana dalam kesusahan.Tiba-tiba Hana mendengar tumbukan.Genggaman lelaki tadi terlepas.Hana mengesot kebelakang,kucing itu berlari ke dalam semak.Hana dapat mendengar bunyi pukulan dan pergaduhan.’Sial!!’Kata lelaki tadi.Hana hanya berdiam diri dan mengenggam badannya erat.Tetiba,lelaki-lelaki tadi berlari pergi.Hana merasakan haba yang panas mendekatinya.Hana menepis tangan yang memegang tangannya.’Kamu siapa?Jangan dekat!’Hana menjerit.Namun,tangan itu tetap memegang tangannya.Hana terdiam.Bau ini lagi.’Siapa kamu?’.Tangan itu membantunya bangun.Hana merasakan sakit di kaki kirinya.Rupanya kaki Hana terseliuh.’Kamu terseliuh.Naik belakang saya.’Pertama kali Hana mendengar suara itu.Lelaki.Ya,bau ini sebenarnya dia.Lelaki itu mendukungnya,Hana memeluk leher lelaki itu.Hana dapat menghidu bau yang selama ini menjadi persoalannya.

‘Kamu kah yang berada di kelas latihan tempoh hari?Hana memberanikan dirinya bertanya.Lelaki itu diam dan terus melangkah.’Ya.’Jawapan itu mengejutkan Hana dari lamunannya.’Oh.Saya..nak ucap ..terima kasih sebab carikan saya kayu biola saya.Urm,kamu buat apa di sana?’Hana terus bertanya.’Saya tidur.’Walaupun jawapannya pendek namun Hana puas hati mendengarnya.’Oh.’Hana membiarkan keadaan senyap itu.Belakang lelaki itu hangat,mengurangkan kesejukan.Hana merasa tenang bersama lelaki itu.Jarinya seperti menyentuh rantai di leher lelaki itu.’Bintang’Hana merasakan corak rantai itu berbentuk bintang.Lelaki itu menoleh seketika melihat wajah Hana yang kepenatan.’Kamu penat.Tidur lah kejap.Nanti saya bangunkan.’Hana menyandarkan kepalanya di bahu lelaki itu dan terlelap.Suasana malam itu berasa tenang.

’Kita dah sampai’Kata-kata mengejutkan Hana.’Hana,kamu kemana tadi?Puas kami cari tahu.Kenapa kaki kamu?Kamu cedera kah?Ken,kamu buat apa dengan dia ha?’Suara Miya.Nama dia Ken ya?.Miya memimpin Hana.’Eh,dia tolong saya tadi Miya.Saya tak apa-apa cuma terseliuh sikit jak..’Hana terinjut-injut melangkah keatas namun tak terdaya.’Hana,kamu tak apa-apa kah?Kamu boleh berdiri lagi tak ni?’Miya memegang tangan Hana.’Sakit’Hana mengetap bibirnya menahan sakit.Ken terus mengangkatnya.Hana tersentak apabila merasa dirinya diangkat.Miya terkejut melihat Ken mengangkat Hana.’Tunjukkan saya mana bilik kamu.’Mereka melewati lorong-lorong di koridor itu.Miya membuka pintu dan Ken segera meletakkan Hana di atas katil.’Dia perlukan ais dan tuala.Miya,kamu pergi ambil ais di bawah.Cepat.’Miya hanya menurut dan berlari ke bawah.Hana mengurut-urut pergelangan kakinya.’Kaki kamu bengkak.Jangan urut dulu,nanti lagi bengkak.’Ken merenung Hana yang seperti masih terkejut.’Te..terima kasih.Saya tak tahu apa nak buat kalau..’belum sempat dia menghabiskan ayatnya,Ken menyelak rambut Hana.’Ingat,jangan berjalan seorang diri tanpa teman.Nanti letak ais tu di kaki.Bersihkan diri kamu.Saya minta diri dulu.’Jantung Hana berdengup kencang,dia cuma mengangguk saja dan mendengar bunyi pintu di buka.Hana memegang hatinya.Kenapa saya rasa bergini?Hati saya..Hana dapat rasakan ketenangan bersama Ken.Miya mendekatinya lalu meletakkan bungkusan ais di kaki Hana.’Mana Ken?’Miya melihat sekelilingnya.’Dia dah keluar tadi.’Hana masih mengelamun.’Pelik lah budak tu.Kenapa pula dia berperangai gitu ya?Tolong angkat kamu lagi.’Hana binggung.Pertama kali mendengar nama itu namun Miya seperti sudah lama mengenalinya.’Miya,siapa Ken?’.Keadaan senyap seketika.Miya terkejut dengan soalan tadi.’Urm,dia tu satu sekolah dengan kita.Dia..budak sebelah kelas kita dan selalu buat masalah.Kalau kamu masih ingat,masa kita 9 tahun,ada budak lelaki yang pernah di hukum berdiri ditengah padang sekolah,dia memang tak berubah.Nakal.’Miya menekup-nekup bungkusan ais itu ke kaki Hana yang merah.Hana mencuba mengingati wajah budak itu.Ya,Hana ingat lagi.Hana melihat budak itu di hukum berjemur di tengah padang melalui tingkap kelasnya.Bagaimana wajah dia sekarang ya?

Bunyi alat-alat musik kedengaran,Hana dan kumpulan okestra sedang sibuk berlatih bersama kumpulan dari sekolah lain.Mereka membuat raptai di sebuah dewan untuk pertandingan okestra antara sekolah-sekolah tinggi 2 bulan akan datang.Ken ditugaskan sebagai urusetia yang mengendalikan alat-alat multimedia di sana.Ken duduk di tempat penonton,berehat.Matanya mencari seseorang.Akhirya,dia menemui wjah yang dicarinya.Hana sedang melap tali biolanya,dan membetulkan rambutnya.Ken terpegun seketika.Tiba giliran sekolah mereka membuat persembahan.Ken tekun melihat gelagat Hana dari jauh.Entah mengapa,dia tertarik dengan setiap gerakan Hana.Ken menghayati lagu yang di mainkan oleh Hana.Tenangnya Ken rasakan masa itu.Lagu yang dimainkan oleh Hana amat merdu,seperti setiap dot-dot musik itu mempunyai makna tersendiri.Rambut Hana yang panjang itu membuat Ken tak dapat melepaskan pandangan dari Hana.Bahu Ken di pegang.’Hey Ken,kita ada kerja nak buat lagi ni.’Seorang lelaki memakai cermin mata menegur Ken.’Eh,Kira.Maaf lah saya tak sedar.Jom lah.’Ken mengikuti Kira menuju keluar dari dewan persembahan,dia menoleh melihat wajah Hana yang tekun berlatih.

Angin yang dingin melewati pipinya.Tangan Hana mencapai daun kering yang berada ditepinya.’Dah nak masuk musim bunga rupanya.’Hana duduk di kerusi berdekatan dengan sedahan pokok Sakura.Hana mendengar MP3,menikmati lagu-lagu yang menenangkan.Esok mereka akan bertolak balik ke bandar.Oleh itu,Hana menikmati suasana dan bau yang nyaman di kawasan itu.Ken berjalan-jalan sekitar kawasan itu,sambil bersiul-siul.Ken memijak-mijak daun-daun kering,mendengar bunyi keriut dari daun-daun yang di pijak.Langkahnya terhenti melihat Hana duduk sambil matanya terpejam.Tiupan angin membelai rambut Hana.Hana menggoyang-goyangkan kepalanya mengikut rentak lagu.Ken melangkah perlahan melewati Hana.’Ken,kamu kah itu?’Hana dapat mengetahui kehadiran Ken dengan baunya.Ken terhenti.Bagaimana dia tahu saya ada di sini?Ken menoleh ke arah Hana.Hana mengamati bunyi di sekelilingnya.’Urm,ya saya.’Mereka tidak bersuara.

‘Oh.Saya..dah okey.Terima kasih sekali lagi ya?Dan..maaf.Saya selalu menyusahkan orang.’Hana menoleh ke arah suara Ken.Walaupun pandangan Hana tidak tepat ke arah Ken,namun dia dapat merasakan yang Ken masih di situ.’Oh,baguslah.Saya..tak keberatan pun.’Suasana sepi sekali lagi.Masing-masing berfikir untuk berkata apa lagi.’Ken,kamu buat apa di sini?’Hana memulakan topik dengan harapan untuk lebih mengenali Ken.Ken mendekati Hana lalu duduk di hujung kerusi.’Saya urusetia sekolah.Kamu,pemain biola sekolah kan?’Ken menoleh ke arah Hana.Hana mengangguk.’Macammana kamu jumpa saya semalam?’Tangan Hana bermain-main dengan skaf yang di pakainya.Ken merenung ke atas pokok Sakura.’Saya cuma berjalan-jalan saja.Saya dengar ada suara minta tolong jadi..saya jumpa kamu.’Hana mengerti.

‘Ken,boleh kamu..tolong bagitahu saya tak macammana keadaan sekarang?’Hana tersenyum.Muka Ken bertukar merah melihat Hana tersenyum kepadanya.’Oh,urm,urm,sekarang hanya kita berdua..dan,ada pokok sakura di atas kita.Bunga sedang kembang dan tak lama lagi musim bunga..Langit pula,mendung dan..awan bergerak perlahan-lahan.’Hana masih tersenyum.Tak disangka,Ken peramah orangnya.’Terima kasih kerana jelaskan semuanya.Maaflah,saya perlu balik ke bilik.Kita nak balik dah esok.Saya minta diri dulu ya?’Hana mencari tongkatnya dan berdiri.Ken segera berdiri dan memasukkan tangannya ke dalam poket.’Oh ya.Kamu tahu jalan nak ke bilik kamu kah?’Hana terdiam.Ken tersentak.’Maaf kalau saya salah cakap.’Kata Ken.’Tak apa,saya dah hafal jalan ke bilik saya.Terima kasih ya?Pergi dulu..’Hana melangkah perlahan menuju ke dalam rumah tumpangan yang berada tak jauh dari tempat itu.Ken hanya memerhati dari jauh langkah Hana yang menggunakan tongkat sebagai matanya.Ken kagum dengan ketabahan Hana.

Petang itu,mereka tiba di sekolah tinggi Oyasaki setelah 4 jam perjalanan.Kebanyakan pelajar hanya berjalan kaki balik,atau diambil oleh ibubapa.Ada juga yang menaiki kereta api.Seperti biasa,Hana menuju ke perhentian bus.Menanti bus ke rumahnya.Ketika itu,sudah hampir malam namun bunyi hon bus yang biasa didengarnya tak kedengaran.Hana mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja.Angin sejuk malam itu.Bagasinya melambatkan lagi langkahnya.Tongkatnya mencari-cari arah,kalau saja tadi Hana menelefon ibunya pasti dia tak mengalami kesulitan begini.Keluhannya tak berguna namun dia berusaha mengingati jalan ke rumahnya.Tanpa disedari,Hana sudah berada di tengah-tengah jalanraya.Tak jauh darinya,sebuah kenderaan laju menuju ke arahnya.Pemandu itu terkejut lalu menghon dengan kuat.Hana menoleh dan merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi.Hana hanya menutup matanya,Saya akan mati.Saya akan mati.Sebelum sempat kereta itu mendekati Hana,Hana merasakan badannya ditarik pantas.Dia merasakan kehangatan yang sama,ya, bau ini lagi.Ken memeluk Hana dengan erat di tepi jalanraya.Pemandu tadi memberhentikan keretanya lalu menjenguk keluar.’Cik tak apa-apa kah?’Ken hanya mengangguk.Hana masih terkejut dan tangannya sejuk.Bagasinya ditarik.Ken melonggarkan pelukannya,merenung wajah Hana yang pucat dan keletihan.’Kamu tak apa-apa?’Hana tahu itu Ken.Dia hanya mengangguk lemah.’Biar saya saja yang bawa bagasi kamu.’Ken menggenggam tangan Hana erat dan memimpinnya sepanjang perjalanan.Bunyi cengkerik menembusi kesunyian antara mereka.Lampu jalan mencurahkan cahayanya kearah Ken dan Hana.’Terima kasih Ken.Kamu selamatkan lagi nyawa saya.Saya minta maaf sebab selalu susahkan kamu.’Hana berhenti.Ken menoleh,melepaskan genggaman tangannya.’Saya..kebetulan saja lalu jalan itu tadi.Saya nampak kamu kat tengah jalan,jadi..dah kewajipan saya untuk membantu orang yang susah.Kamu tak perlu minta maaf.’Air mata Hana mengalir.Ken terdengar seduan Hana.Ken pucat melihat Hana mula menangis.’Saya..saya minta maaf..kamu..jangan lah menangis..tolonglah jangan menangis’Ken mendekati Hana.Hana mendongakkan mukanya.Walaupun airmatanya mengalir,namun dia tersenyum.Ken pelik melihat kelakuan Hana.’Saya tak sangka..kamu sudi tolong saya.Sya tak tahu nak..cakap apa.Terima kasih sebab sudi tolong saya.’Hana terus tersenyum walaupun anak matanya tak melihat Ken.Tangan Ken terketar-ketar menyapu airmata Hana.Hana berhenti tersedu apabila merasakan pipinya disentuh.’Saya ikhlas tolong kamu.Ingat,jangan menangis lagi ya?Sudah lah,sejuk ni.Saya perlu hantar kamu balik.’Ken memegang tangan Hana dan mereka terus berjalan melewati lorong itu.Dahan-dahan bergeser seperti memainkan lagu untuk mereka.

‘Mak,saya dah balik.’Mereka berdiri di depan pintu rumah Hana.Pintu dibuka,dan ibu Hana keluar.’Eh sayang,kamu dah balik?Kenapa tak bagitahu mak?Siapa..kawan kamu ni Hana?’Ken tunduk hormat kepada ibu Hana.Patutlah Hana cantik,ibunya pun cantik.Detik hati Ken.’Dia Ken.Ken,ni mak saya.Ken tolong Hana balik tadi mak.’Hana berdiri di sisi ibunya.’Maaf mengganggu makcik malam-malam ni.Saya minta diri dulu ya?’Ken meminta izin untuk pergi namun tangannya di pegang.Hana..’Eh,kamu makan lah dulu.Dah lewat ni,lagipun kamu mesti penat tolong anak makcik tadi kan?masuk lah dulu.’Pelawa ibu Hana.Ken mengangguk dan membuka kasutnya.Hana menuju ke dalam biliknya.Ken duduk di ruang tamu sementara ibunya sibuk menyiapkan makanan di dapur.Ken melihat sekeliling lalu matanya melihat bingkai gambar yang tergantung di dinding.Potret keluarga.Ken cemburu melihat potret itu.Ken selama ini tak pernah merasai kasihsayang seorang ibu mahupun ayah.Dia tinggal dengan saudaranya.Potret itu ada Hana,ibunya dan ayahnya.Senyuman Hana membuat Ken tersenyum sendirian.Lamunannya terhenti apabila namanya disebut.’Ken,mari sini.Makan dulu ya?’Ibu Hana mempelawanya dengan senyuman.Ken menuju ke arah dapur.Kehangatan seorang ibu dapat Ken rasakan dalam ruang rumah itu.Ken duduk di salah satu kerusi disitu.Pelbagai lauk ada terhidang di atas meja itu.’Duduk dulu ya Ken.Makcik nak panggil Hana’.Ibu Hana menuju ke bilik Hana sambil memanggil namanya.Hana keluar dengan berpakaian blaus tidur berwarna putih.Muka Ken bertukar merah apabila Hana duduk disebelahnya.Ken dapat menghidu harum rambut Hana ketika Hana menyelak rambutnya.’Baiklah,kita makan ya?’Mereka berborak lancar malam itu.Macam-macam soalan yang ditujukan kepada Ken,kadang kala mereka ketawa.

Sekitar jam 9,Hana menghantar Ken di muka pintu.Ken memakai kasutnya dengan menyikut beg galasnya.’Saya pergi dulu ya?Selamat malam’Ken melangkah perlahan.’Ken,ambillah makanan ni.Mak suruh bagi kat kamu.Nanti makan lah ya?’Hana menghulurkan bekas makanan.Ken berasa segan mengambil bekas itu.’Terima kasih ya?kamu masuk lah.Sejuk ni.Nanti kamu selesma’.Ken melihat Hana menutup pintu lalu dia berlalu pergi.Malam itu,Hana mengingat kembali ketika bersama dengan Ken.Macammana ya muka Ken sekarang?Hana tersenyum sendirian,memeluk teddy bearnya.Dia merenung teddynya.Selamat malam Ken.

Di taman permainan,Ken duduk di atas buaian,sendirian.Dia membuka penutup bekas makanan.Sushi yang disusun kemas,dan baunya sedap.Ken terlihat nota kecil terselit di penutup bekas makanan itu.

‘Nikmatilah makanan ini ya?Saya yang buat.(^_^)’Ken ketawa kecil membaca nota itu.Dia mengambil sushi itu.Sedap..Itu saja yang dapat dia ungkapkan.

Masa rehat sudah bermula.Ken menuju ke belakang sekolah,jauh dari kumpulan pelajar-pelajar yang sibuk berbincang tentang bekalan yang mereka bawa.Dia baring di rumput yang menghijau,merenung ke arah langit.Dia melihat awan-awan yang membuat pelbagai bentuk.Tiba-tiba,badannya ditendang.Ken mengetap bibir,menahan sakit.Dia segera berdiri,menghadap sekumpulan pelajar lelaki yang terkenal dengan bergaduh.’Hoi Ken,saya dengar kamu selalu dengan perempuan buta itu ya?hem!.’Lelaki yang bersaiz besar,dan melipat lengan bajunya mendengus seperti mengejek Ken.Pandangan mata Ken tajam melihat lelaki yang selalu mencari gaduh dengannya.’Kamu ada masalah kah dengan itu?’Ken membalas.Tangannya sedia di genggam kemas,sedia dengan pergaduhan yang bakal tercetus.’Eh,tak lah.Sesuai sangat lah tu.Si buta dengan su dungu’Kata-katanya di sambut dengan hilai ketawa,tanpa semena-mena Ken melepaskan tumbukan ke muka lelaki itu.Pergaduhan telah bermula.

Di bangunan pelajar pula,Hana sedang sibuk membaca nota Barille nya dan nota-nota musik.Miya sibuk melihat kelompok pelajar lelaki di padang yang bermain bola sepak.’Kacaknya dia.’Miya merenung pelajar tinggi lampai,berambut ikal.’Siapa pula yang kamu puji kali ni?’Hana mengusik Miya.’Alah,si Kira tu.Tapi yang saya pelik,kenapa pula budak pandai ni berkawan dengan si Ken yang nakal dan pemalas tu?hai..’Miya mengeluh.Hana terdiam apabila Miya menyebut tentang Ken.Sudah 5 hari dia tak bertemu dengan Ken,walaupun kadang kala,Hana selalu mengharap dia bertemu Ken di bilik latihan.Hana berdiri,membawa bekalan dan kotak biolanya.Miya menoleh,’Nak ke mana tu Hana?’Hana mula melangkah pergi.’Saya makan di tempat bilik latihan saja.Saya balik lambat hari ni,kamu tak perlu lah tunggu saya ya?’Miya perasan riak wajah Hana yang berubah.’Baiklah.Hati-hati ya?’Hana mula menuju ke bilik latihan.

‘Hey,korang nampak kah tadi kumpulan Takashi bergaduh lagi dengan Ken?’Budak perempuan itu berkata dengan kawannya.’Tak,tapi saya dengar dorang bergaduh di belakang sekolah.Kenapa lah kumpulan Takashi tu suka cari gaduh dengan Ken yang pemarah tu?’Hana mula berasa risau apabila terdengar perbualan budak perempuan di tepinya.Apa keadaan Ken sekarang?Dia cedera kah?Hana tak mampu berbuat apa-apa kecuali berdoa moga Ken selamat.Pintu bilik latihan berkeriut ketika Hana membukanya.Hana menuju ke tempatnya.Dia seperti mendengar suara seseorang mengerang kesakitan.Hana mengenali suara itu.Hana mencari arah suara tersebut.’Siapa di sana?’Ken menjenguk di sebalik meja.Hana tercegat betul-betul di depan meja tempat dia menyorok.’Ken cuba berdiri.Kakinya tercedera kerana teruk di belasah tadi.’Urm,saya.’Hana terkejut mendengar suara Ken.’Ken,kamu tak apa-apa kah?Saya dengar..kamu bergaduh tadi.’Hana meraba-raba kosong udara mencuba mendekati Ken.Hana terlanggar kerusi didepannya,langkas Ken menahan Hana.Ken mengeluh kesakitan apabila Hana terpegang lengannya.’Kamu cedera.’

Mereka duduk di tepi tingkap.Sapu tangan bercorak patung mengusap darah di mulut Ken.Hana meraba wajah Ken yang luka.Ken hanya berdiam diri,tak melihat Hana.’Kamu tak patut bergaduh dengan budak-budak nakal tu.Saya tak sangka,dorang masih nakal juga.Luka kamu teruk.’Wajah Hana terlalu dekat dengan wajah Ken.Ken undur sedikit.Mukanya merah.’Sa..saya tak apa-apa.Terima kasih’Ken menepis lembut tangan Hana.’Oh ya,kamu lapar tak?Saya ada bawa bekal.Kita makan sama-sama ya?’Hana membuka perlahan bekalannya.Ken hanya merenung wajah Hana.’Kenapa diam?’Hana perasan dengan perangai Ken yang dari tadi berdiam diri.’Oh,tak.’Ken sebenarnya lapar dan dia merindui sushi yang dibuat oleh Hana tempoh hari.’Saya buat sushi hari ni.Makanlah.’Hana menghulurkan sushi kepada Ken.Namun,sushi itu berada di tepi telinga Ken,jauh dari mulut Ken.Muka Hana ceria,mungkin sebab gembira dapat berjumpa dengan Ken setelah lama tak bertemu.Ken memegang tangan Hana,menyambut suapan Hana.Lembutnya tangan dia.Ken memuji dalam hati.’Sedap tak?’Hana bertanya sambil tersenyum.Ken memandang Hana.’Mm,sedap.’Hana tersenyum riang.Mereka menikmati sushi bersama.Setelah mereka selesai makan,Hana mengeluarkan biolanya.’Ken,kamu nak dengar tak saya main biola?Nanti kamu komen lah kalau ada yang tak betul ya?’Hana menarik nafas.Jari jemarinya yang panjang bersusun di tali-tali biola,Hana mula menarik kayu biolanya.Saat itu,Ken merasakan dunianya hanya dia dan Hana.Ken mendengar dengan tekun tiap nota yang dimainkan oleh Hana,Ken dapat merasakan kesungguhan Hana bermain.

Ken berdiri di belakang Hana yang berjalan ke arah perhentian bus.Hana tahu yang Ken mengekorinya dari sekolah namun membiarkan saja.Bagi Hana,dia merasa sentiasa dilindungi dengan adanya Ken disisi.Hana tersenyum.Ken tersentak apabila Hana menoleh kebelakang.’Ken,kamu boleh tolong saya tak?’Ken merasa malu apabila Hana tahu yang dia mengekorinya.Perlahan,Ken mendekati Hana.’Macammana..kamu tahu saya ikut kamu?’Hana menunjuk hidungnya yang mancung sambil berkata’Saya dapat hidu bau kamu.’Ken senyum.Mereka berjalan beriringan.’Kamu nak minta tolong apa tadi?’Soal Ken.’Urm,selama ni,saya selalu terhidu bau bun tiap kali balik dari sekolah.Saya teringin nak rasa bun tersebut tapi..perlu seberang jalan.Saya tak berani nak ke sana.Kamu,boleh temankan saya tak?’Hana berharap Ken dapat menemaninya mencari kedai bun tersebut.’Boleh.Tapi,saya tak tahu dimana kedai bun tu.’Hana menoleh,’Saya kan kenal bau bun tu.’Hana memberi senyuman.Ken selalu merasakan senyuman itu seperti pertama kali dilihatnya dan Ken gembira melihat gelagat Hana begitu ceria.Semasa berada di hujung jalan raya,Hana terhidu bau bun itu,mereka berhenti.’Sana’Hana menunjuk ke arah kedai di seberang jalan.Ken kagum dengan kebolehan Hana yang cekap dengan setakat menghidu bau saja.Ken mencapai tangan Hana,memimpinnya menyeberangi jalanraya.Hana merindui pegangan tangan Ken yang hangat,memimpin langkahnya.Bunyi loceng terdengar apabila Ken menolak pintu kedai bun,mereka melangkah masuk.Pelbagai jenis bentuk,warna bun tersusun rapi di sana.Hana menutup matanya,meneliti bau-bau disekelilingnya.’Segar.Masih hangat’Ken terdiam melihat Hana bercakap sendirian.Seorang perempuan tua memakai apron keluar dari pintu di kiri mereka.Perempuan tua itu terkejut melihat 2 remaja memasuki kedainya yang usang itu.’Oh,tak sangka saya akan dapat pelanggan muda hari ni.’Perempuan tua itu membawa sedulang bun yang baru dibakar.Ken membantunya,’nak letak di mana ni nek?’Nenek itu menunjuk ke tempat yang kosong diantara kuih yang tersusun.’Harum bun yang nenek buat.Boleh saya beli?’Hana tercegat membelakangi nenek itu.Nenek itu perasan Hana buta lalu mendekati Hana.’Kamu mesti dapat menghidu bau lebih baik dari orang biasa kan?’Hana mengangguk.Ken menyusun bun tadi dengan kemas,bau bun itu memang wangi dan sedap.’Pillih mana yang kamu mahu.Anak muda,pimpin teman wanita kamu kesana.Nenek nak kebelakang sekejap.’Teman wanita?Hana dan Ken terdiam,masing-masing malu dengan kata-kata nenek tadi.Ken menghampiri Hana,membawanya ke bakul-bakul bun tersebut di susun.Hana membongkok sedikit,menghidu-hidu bun yang berada di depannya.Rambutnya yang panjang diselak kebelakang.Ken hanya memerhati gerak geri Hana.’Nek,saya nak yang ini.’Perempuan tua tadi menuju ke arah Hana.’Wah,kamu pilih bun ni ya?tajam deria hidu kamu.Nak berapa biji?’Hana tersipu-sipu mendengar pujian nenek tadi dan menunjukkan 4 jari.Nenek itu mengambil bun tersebut dan memasukkannya kedalam bungkusan kertas.Ken perasan tangan perempuan tua itu masih halus seperti perempuan muda.’Tangan nenek..’Nenek itu menoleh pada Ken.’Ha,ni sebab nenek selalu menggaul tepung.Sebab tu tangan nenek begini.Kamu pelik ya?’Nenek itu cuma tersenyum dan berjalan menuju ke kaunter.’Kali ni biar nenek yang belanja sebab kamu pertama kali datang sini.Nikmatilah ya bun nenek ni?’Nenek itu menghulurkan bungkusan bun kepada Hana.Mereka mengucapkan terima kasih.’Kamu bertuah dapat teman lelaki yang baik macam budak tu.’Bisik nenek itu di telinga Hana.Wajah Hana bertukar merah.Nak dinafikan,Hana tak berani.Nak di iyakan,takut Ken teras pula.

Mereka duduk di taman permainan,memakan bun yang hangat.’Wah,sedapnya bun ni kan Ken?Patutlah baunya sedap.’Hana terus memakan bun tadi.Terdapat sisa bun di tepi bibir Hana.’Hana,ada bun di bibir kamu.’Ken memberitahu.’Hana menyapu mulutnya namun sisa bun tadi masih ada di bibirnya.’Dah hilang?’Ken mendekati wajah Hana,tangannya menyapu bibir Hana yang lembap itu.Jantungnya berdegup kencang.Merahnya bibir dia.’Ken?’Suara Hana mengejutkannya.’Oh maaf.Urm,dah hilang.’Apa yang jadi dengan saya ni?Ken melemparkan pandangannya jauh dari muka Hana.’Urm Ken,maaflah sebab nenek tadi salah cakap yang kita ni pasangan kekasih.’Mereka terdiam seketika.’Urm,saya tak kisah.’Wajah Hana berubah,Ken mula cemas.’Ma..maksud saya,saya tak kisah kalau..kalau nenek tu anggap begitu.’Ken menepuk dahinya.Aduh,kenapa pula saya cakap begitu..Hana tersenyum kecil.’Ya ka?baguslah.Saya pun tak kisah juga.’Ken menemani Hana balik ke rumah.Mereka tercegat di depan pintu rumah Hana.Hana berdepan dengan Ken.’Terima kasih ya sebab sudi temankan saya hari ni?Kamu..dah boleh lepaskan tangan kamu sekarang.’Ken tak perasan yang tangannya masih menggenggam tangan Hana.’Ah,maaf.’Ken cepat-cepat menarik tangannya.’Urm,masuk lah.Selamat malam’Ken menoleh.’Ken..’Hana memanggilnya.’Ya?’jawab Ken.Hana teragak-agak untuk melafazkan ayat yang berada di kotak fikirannya.’Selamat malam.Moga mimpi yang indah.Jumpa kamu disekolah esok ya?’.Ken tersenyum dan hanya menjawab ‘Mm..’

Sebelum Hana menemui Ken,dia merasakan dunianya gelap dan kosong.Namun entah mengapa,sekarang seperti dunianya bercahaya dengan kehadiran Ken yang sentiasa ada ketika dia perlukan bantuan.Mungkin kah ini yang orang kata CINTA?Tapi,saya tak tahu samada dia suka saya atau tak..Tak mungkin dia suka perempuan seperti saya.

Ken menunggu di bangku yang terletak di belakang dewan pelajar.’Mana Hana ni?Kata nak jumpa masa rehat.’Sambil menunggu Hana datang,Ken menulis di udara ‘HANA’..Ah,kenapa saya asyik teringatkan dia?Terasa bahunya disentuh.’Maaf saya lambat’Hana rupanya.Hana sedang memegang buku Sejarah.Dia duduk disebelah Ken lalu menghulurkan buku itu kepada Ken.Ken menyambutnya dengan hairan.’Saya nak minta tolong kamu bacakan saya buku ni.Saya tak dapat nak baca jadi saya minta kamu bacakan dan saya akan buat dengan nota Barillie.Bolehkan?’Senyumannya melunturkan hati Ken.’Baiklah.’Tekun Ken membacakan Hana nota-nota Sejarah itu.Jari-jemari Hana laju menekan-nekan mesin Barillienya.Niat Hana menyuruh Ken membacakannya buku adalah untuk membuat Ken belajar.Hana gembira kerana Ken sudi menemaninya membacakan buku-buku pada hari-hari yang seterusnya.

Saat itu,Ken baru balik dari bekerja.Dia sedang mengayuh basikalnya menuruni bukit.Entah mengapa,dia terfikir tentang Hana.Kayuhannya menuju ke kawasan rumah Hana yang tak jauh dari tempat kerjanya.Dia melilau-lilau rumah Hana.Berlampu.Mesti mereka dirumah.Kata Ken.Semasa Ken hendak membelok di lorong perumahan,Ken terserempak dengan Hana yang berjalan-jalan sendirian.Ken memberhentikan kayuhannya dan mendekati Hana.’Ken kah tu?’Ken mencapai tangan Hana.;Ya,saya.’Hana tersenyum.’Kamu bawa basikal ya?’Hana mendengar bunyi rantai basikal berputar.’Ya.Kenapa kamu masih di luar masa-masa begini?’Ken mula bertanya.’Saya cuma nak hirup udara yang segar saja.Bosan di rumah jadi jalan-jalan sekejap.Kamu buat apa disini?’Ken terdiam.Tak kan dia hendak mengaku yang dia hendak bertemu dengan Hana.’Saya baru balik kerja jadi saya ambil jalan ni kalau nak balik cepat.’Hana hanya mengangguk.’Kamu..nak naik basikal tak?’Pelawaan Ken tadi membuat Hana gembira.

Mereka menuju ke sebuah kawasan yang lapang,terdapat satu pokok yang rimbun,menghadap bangunan-bangunan,dan cahaya bandar menerangi suasana malam.Lampu kereta bergerak seperti semut menyusuri jalanraya yang panjang.Mereka duduk di bawah pokok tersebut,menghirup udara yang nyaman.’Ken,kamu..pernah suka seseorang tak?’Soalan tadi mengejutkan Ken.Ken melihat langit yang dipenuhi bintang.’Urm,pernah.’Hana berminat mendengar.’Bila?Ceritalah tentang perempuan itu.Saya nak tahu tentang dia.Boleh kan Ken?’Sekali lagi,mata Hana yang bulat itu membuat Ken terpaku.Apa..ini peluang saya bagitahu dia yang saya menyukainya?Bagaimana kalau dia tak menerima perasaan saya dan..menjauh dari saya?

Ken menatap lama wajah Hana yang teruja mendengar cerita Ken.’Urm,baiklah.’ken menarik nafas panjang.’Dulu,saya bersekolah rendah sama dengan perempuan tu.Dia,budak yang pandai.Tapi saya pula,selalu ponteng sekolah dan..suka buat masalah di sekolah.Bila saya nak tengok muka dia,saya akan..tunggu di pagar sekolah atau..di kelas musik.Saya ni,tak berguna.Semua orang anggap saya begitu sebab saya tinggal dengan pakcik saya yang suka mabuk .Tapi entah,saya merasakan dalam mata dia,dia tak melihat saya seperti orang lain.Satu hari tu,budak perempuan tu tak datang sekolah.Saya nak cari dia,tapi..saya tak tahu di mana.’Ken mengimbau masa lampau.Hana mendengar dengan minat.’Kenapa pula perempuan tu tak datang sekolah?’Ken menyambung ceritanya.’Dia..kemalangan.Sejak tu,dia tak sekolah sampai lah saya habis sekolah rendah.’Kata-kata Ken tadi membuat hati Hana tersentak,seperti Ken menujukan kata-kata tadi padanya.’Dia dah pindah tempat tinggal.Saya tetap mencarinya sampailah..saya jumpa dia dalam 1 persembahan.Dia dah masuk sekolah tinggi.Saya masuk sekolah yang sama dengan perempuan tu sejak..3 tahun lepas.Saya sangat gembira melihat dia cuma..dia tak pernah pandang saya lagi.’Ken mengeluh.Hana terdiam,menahan tangisnya.’Kamu,masih suka perempuan tu ka Ken?’Hana menolehkan mukanya ke arah Ken.’Urm,masih.Sebab,di matanya saja,saya merasa diri saya..masih berguna.’Hati Hana berdegup kencang.’Siapa..perempuan tu?’Muka Ken merah,mulutnya kebas,tak mampu untuk bercakap.’Er..er..dia..eh.dah malam lah,saya perlu hantar kamu balik nanti ibu kamu risau.’Ken bangun dan menarik basikalnya.Hana masih duduk lalu mengikut Ken.

Kayuhan basikal Ken perlahan mengharungi tiupan angin malam yang nyaman itu.Rambut Hana berterbangan.Hana duduk dibelakang Ken.Tangan Hana memeluk pinggang Ken,Hana menyandar di belakang Ken.’Belakang kamu..hangat.’Ken mencuri pandang Hana,tersenyum.’Ya kah?Mungkin sebab saya lelaki.’Hana ketawa kecil.’Ken..kalau lah saya perempuan tu,saya akan cakap begini.Bagi saya,kamu bukan orang yang tak berguna.Kamu..istimewa bagi saya.Di mata saya,kamu sentiasa istimewa.Maaf,sebab tak tahu perasaan kamu terhadap saya.Terima kasih sebab mencari saya.’Ken berasa tenang mendengarnya.Kata-kata itu seperti memberi Ken tanda yang Hana tahu perasaannya.’Baguslah kalau begitu.’Hana tahu,perempuan itu adalah dia.’Ken?’..Ken menoleh,’Kenapa?’.’Saya..sukakan budak lelaki yang baunya seperti kamu.Walaupun saya tak dapat melihatnya,tapi saya kenal bau dia.’Ken mengerti.Hati Ken gembira seperti dirinya terapung-apung di udara.’Ya kah?Budak tu mesti suka..kat kamu juga.’Mereka terus bergerak ke rumah Hana dengan perasaan yang gembira saat mereka tahu yang mereka saling menyukai.

Pertandingan okestra telah bermula.Pelbagai sekolah tinggi berkumpul di dewan besar Daerah Nagasaki yang kini hampir penuh dengan penonton.Ibu Hana turut hadir di sana.Di belakang pentas pula,orang berpusu-pusu ke hulu-hilir membawa alat musik,mekap,pakaian dan alat multimedia.Hana duduk di sebuah bangku,tangannya menggigil.Dalam kesibukan itu,Hana terhidu bau Ken.Semakin dekat dengannya.Ken duduk menghadap Hana yang cemas.’Ken ya?’Hati Hana gembira bertemu Ken.Ken menggenggam tangan Hana.Sejuk.’Kamu janganlah gementar ya?Buat yang terbaik.Saya akan tengok kamu dari bawah.Tangan kamu sejuk.’Ken menggosok-gosok tangan Hana.Hana merasakan kehangatan di tangannya.’Terima kasih ya Ken?Tangan kamu dah cukup panas untuk saya.’Hana memegang pipi Ken.’Kamu pun hati-hati ya?’Hana memberi pesan kepada Ken yang bertugas sebagai Urusetia multimedia.Ken mengangguk sambil membelai rambut Hana.Miya berdehem.’Ehem,Ken,kamu kena panggil ketua.’Ken segera melepaskan tangannya dan berdiri.’Er,saya pergi dulu.Berusaha lah ya Hana?’Lalu pergi ke arah bertentangan.Miya duduk disebelah Hana,memeluk bahunya.’Hana,kamu mesti bagitahu saya tentang tadi.’Muka Miya penuh tanda tanya.Hana tertawa kecil.’Cuma seorang kawan yang nak bagi semangat.Tak boleh kah?’Kini,gementar Hana berkurangan setelah kehadiran Ken tadi.

‘Kini,tiba giliran dari kumpulan okestra Sekolah Tinggi Oyasaki yang di ketuai oleh Pelajar Tahun 5 iaitu Haruma Nasawa.Dipersilakan!!’Tepukan gemuruh mengiringi pengacara yang turun dari pentas.Pelajar-pelajar Oyasaki bertepuk tangan dengan kuat sekali dan melauungkan kata-kata semangat untuk peserta.Lampu dimalapkan.Hana berdiri di sisi pentas,lampu ditujukan ke arahnya.Semua orang senyap seketika semasa Hana mula menarik tali kayunya.Ken yang berada di bilik kawalan menjenguk keluar.Melodi-melodi yang dimainkan Hana diikuti oleh alat musik yang lain.Semua penonton menghayati keharmonian musik yang mereka hasilkan.

Semua peserta yang menyertai pertandingan itu berkumpul di sebuah bilik.Mereka duduk dalam barisan mengikut sekolah masing-masing termasuk Hana.Hana sedang memeluk rapat biolanya.Seorang perempuan yang lebih muda darinya menoleh kebelakang.’Kamu Hana ya?’Hana terkejut.’Oh,ya saya Hana.Kamu?’Hana memberikan senyuman.Perempuan tadi menyedarri yang Hana buta apabila Hana menghulurkan tangannya jauh dari perempuan itu.’Saya Kitari.Saya pelajar tahun 3 di sekolah.Saya pemain double bass.Cara kamu bermain biola tadi sungguh mengkagumkan.’Kitari menyambut salaman Hana.’Oh,terima kasih.’Diluar bilik itu,ibu Hana sedang mencari-cari Miya.’Eh,makcik.Nak cari Hana ya?’Miya memberi hormat.’Ya.Hari ni sepatutnya Hana ada janjitemu dengan doktornya.Jadi,kami tak boleh lama disini.’Ada kebimbangan diwajah ibu Hana.Sudah bertahun-tahun Hana dan ibunya berjumpa doktor mata untuk mencari peluang samaada Hana boleh melihat semula.’Kalau begitu,saya panggil Hana dulu ya?’Miya masuk ke dalam bilik peserta berkumpul dan membawa keluar Hana.’Miya,kami pergi dulu ya?Kalau Ken cari saya,bagi dia nota ni ya?Terima kasih.’Hana dan ibunya menuju ke tempat letak kereta dan berlalu pergi sejurus Hana menyerahkan nota tadi.Ken bersesak-sesak menuju ke Miya.’Miya,Hana mana?’Miya menunjukkan muka yang mensyaki sesuatu.’Kenapa kamu tanya?’Ken terdiam,mencari alasan.’Urm,saja.’Miya tersengih.’Dia dah balik tadi.Kata ibunya dia ada janjitemu dengan doktor mata.Oh ya,ni dari Hana.’Miya menghulurkan nota tadi kepada Ken.

‘Terima kasih ya atas dorongan kamu.ni nombor saya.Kalau ada apa-apa,hubungi saja.’Tercatat nombor Hana.Ken tersenyum.Boleh lah bercakap dengannya malam ni.

Cahaya bulan menembusi ruang bilik Hana.Hana sedang menyikat rambutnya yang panjang sambil menunggu telefon bimbitnya berbunyi.’Dia dapat kah nota saya tadi?Mungkin dia tak telefon.’Hana menuju ke atas katilnya dan memeluk teddy bearnya.Tak lama kemudian,telefonnya berbunyi.Hana teruja dan segera menjawabnya.’Hallo?’Lama baru dijawab.’Hallo.Ni Hana?’Suara Ken!.Hana menahan rasa terujanya.’Ya,ni saya.Urm,Ken kan?’Ken sedang duduk diatas bumbung rumahnya sambil merenung bulan.’Ya.Urm,kamu dah..jumpa doktor kah tadi?’Hana menjawab pendek.’Mm,dah tadi.Maafsebab tak bagitahu kamu.Kamu..dah pulang kah?’

‘Mm..tadi petang.Oh ya,tahniah.Sebab dapat nombor 2.’Ken baring manakala di bilik Hana,Hana baring menghadap tingkapnya.

‘Ya kah?Baguslah.Semua ni hasil usaha semua ahli musik dan urusetia kita.Urm,terima kasih ya sebab tenangkan saya sebelum pertandingan tu.’Ken tersenyum.

‘Tak mengapa.Bagus persembahan kamu tadi.Semua orang menghayati cara kamu bermain biola tadi.’Hana tersengih malu,membelai rambutnya yang masih lembap.

‘Ya kah?Malu pula.Urm,esok kita cuti kan?Kamu..ada masa yang terluang tak?’Hana bercadang hendak mengajak Ken ke Wonder World.Ken berfikir panjang.

‘Saya mungkin kerja.Kenapa?’Hana merasa kecewa dan mengeluh kecil.Keluhannya didengari Ken.

‘Oh,tak adalah.Saya fikir,nak ajak kamu jalan-jalan ke Wonder World tapi..lain kali saja lah.’Hana membuat ketawa.Ken terdiam sekejap.

‘Mungkin..esok saya tak pergi kerja.Sebab,ada hal nak buat pagi-pagi.Kalau kamu mahu,kita pergi tengahhari.Mahu tak?’Hana gembira mendengar Ken sudi menemaninya ke Wonder World.

‘Okey.Kita jumpa esok ya?Pukul 12.Saya tunggu kat mana?’Hana teruja.Ken berasa lucu dengan suara Hana yang seperti kebudak-budakan.

‘Ya,jam 12.Kamu tunggu dirumah saja,saya ambil kamu.’

‘Mm.Saya tunggu dirumah saja lah.Kalau begitu,kamu tidur lah dulu ya?’

‘Baiklah.Selamat malam.’Berat hati Ken untuk memutuskan perbualan mereka.

‘Selamat malam.Mimpi yang indah ya?’Hana menutup telefon bimbitnya.Hatinya gembira sangat kerana esok dia akan pergi bersama Ken ke tempat yang ingin di pergi.

Pintu rumah Hana terbuka.Ibu Hana menghantar Hana di depan rumahnya sambil membetulkan pakaian Hana.Hana memakai baju berlengan panjang berpetak ungu putih,berseluar jean biru tua.Rambutnya di biarkan terurai.’Mak,dah lah tu.Hana cuma jalan-jalan saja lah.’Hana merasa lucu dengan gelagat ibunya yang sibuk menguruskan dirinya.’Anak mak memang cantik.’Lalu ibunya mengucup dahi Hana.Dari jauh,Ken berlari kecil mendekati mereka.Ken berpakaian t-shirt putih,dengan berjaket merah.Ibu Hana tersenyum.’Selamat tengahhari makcik.’Ken tunduk hormat.Mata Ken mencuri pandang kepada Hana.Cantiknya dia.’Kamu jaga Hana bagus-bagus ya?Berseronoklah di sana ya?’Ibu Hana menghulurkan tangan Hana kepada Ken.Hana dan Ken melambai ke arah ibu Hana.’Abang,anak kita sedang bercinta dengan budak lelaki yang baik.’Detik hati ibu Hana.

Semua orang di perhentian bus melihat pelik ke arah Ken dan Hana.Hana dapat merasakan pandangan yang dingin orang disekelilikngnya.Dia merapatkan dirinya ke Ken.Ken perasan dengan pandangan mereka.Ken mengenggam rapat tangan Hana,membisik’Janganlah takut.Saya ada’Perasaan Hana tenang semula.

Suara kanak-kanak yang keriangan,bunyi roller-coaster,jeritan penumpang-penumpang dan lagu kanak-kanak menandakan mereka telah sampai ke Wonder World.Hana teruja,begitu juga dengan Ken.Ken menghadap Hana.’Kamu nak gula-gula kapas tak?’Hana mengangguk sambil tersenyum.Mereka membeli gula-gula kapas dan ketika itu,Ken ternampak mesin mengambil gambar.’Hana,kamu nak tak ambil gambar?’Hana menurut saja.

‘Baiklah,dah sedia?’Ken tersenyum.Mereka melakukan pelbagai aksi tiap kali bunyi kamera itu berketip.Tiba-tiba,Hana mencium pipi Ken.Mereka terdiam.Hana hanya ketawa kecil.Andai saja saya dapat tengok muka dia sekarang,mesti merah.Ya,muka Ken merah sangat.Badan Ken sejuk,degupannya laju.Hana menarik lengannya.’Ken,saya nak naik Roller-coaster.’Mereka menaiki Roller-coaster.Ken masih memegang tangan Hana.Keseronokan di Wonder World tak dapat digambarkan oleh Hana,lagi-lagi apabila ada kehadiran Ken.

Matahari kian menghilang.Langkah mereka perlahan menyusuri taman yang di penuhi dengan bunga.Hana menutup matanya,Menikmati keharuman bau bungaan di sekelilingnya.Ken membawanya duduk disebuah kerusi panjang.Ketika itu,hanya mereka berdua saja disana.’Wanginya bau bunga kan?’Mereka duduk jauh sedikit.

‘Mm,memang wangi’Ken mencabut salah satu bunga di tepinya lalu memberikannya kepada Hana.’Terima kasih.Ken,saya seronok sangat hari ni.Terima kasih ya?’Ken hanya mengangguk wlaupunn anggukannya tak dapat dilihat Hana.’Ken..kamu..tak bosankah pegang tangan saya?’Soalan itu mengejutkan Ken.’Tak lah.’Jawapannya tak memuaskan hati Hana.’Kamu tak kisah kah kalau..saya minta kamu selalu pimpin tangan saya?’

‘Saya tak kisah.Bagi saya,saya rasa saya berguna bila saya pimpin tangan kamu.Kamu tak kisah jugakan kalau saya pegang tangan kamu?’Ken menoleh.Hana menggeleng.’Saya tak kisah.Dan,saya rasa selamat bila kamu pegang tangan saya.Oh ya,tentang ciuman tadi,kamu tak kisah kan?’Hana ketawa kecil.Ken tunduk malu mengingatkan peristiwa tadi.’Er..tak.’Mereka meneruskan perjalanan mereka.Hana berada di belakang Ken sambil tangannya masih memegang tangan Ken.Hana melepaskan tangannya,menghampiri belakang Ken dan memeluknya.Ken kaku.’Ken,saya..sukakan..kamu’Otak Ken seperti berhenti berfungsi,badannya sejuk.Dia seperti tuli,tak dapat mendengar apa-apa kecuali suara Hana.’Saya..sukakan kamu juga.’Ken berpusing ,berhadapan dengan Hana.Ken memegang bahu Hana dan memeluknya.Hana tak pernah merasakan perasaan begini,begitu juga Ken.’Kamu tak kisah kah saya ni buta?’Ken mencium pipi Hana.’Tak.Tolonglah,izinkan saya jadi mata kamu,pegang tangan kamu,sentiasa di sisi kamu.Hanya kamu,yang boleh buat saya rasa,saya ni berguna.’Airmata Hana mengalir.Kali ni,airmata kegembiraan.’Ya,jadilah mata saya,jangan berhenti dari terus pimpin tangan saya.Hanya kamu,yang buat saya dapat melihat dunia ni.’Ken mendekatkan wajahnya ke wajah Hana.Jari Ken mengusap lembut bibir Hana yang merah itu.Ken merapatkan wajahnya.Hana dapat merasakan nafas Ken di mukanya.Hana menutup matanya,merasakan bibirnya di sentuh,lembap.Dunia Hana berwarna-warni saat itu,tak dapat dia ungkapkan.Malam itu,Hana tak dapat tidur memikirkan tentang kejadian di taman tadi.

Hana termenung keluar tingkap,tersenyum sendirian.Miya yang berada disebelahnya kepelikan.’Hey Hana,kenapa kamu ni?Dah kena sampuk kah?Tersenyum saja.’Lamunan Hana terhenti.Mukannya merah.’Tak!.Tak ada apa-apa lah.’Hana berpura-pura membaca nota barillenya.Miya memegang tangan Hana.’Hana....’Miya berdengus tajam.’Kenapa?’Hana menjawab terketar-ketar.

‘Ni mesti ada jadi sesuatu ni.Pasal budak Ken tu kan?Mengaku.’Miya mendekatkan mukanya.Hana menutup mukanya yang merah.’Urm,ya.Semalam,Ken..cium saya.’Muka Hana merah padam.Miya ternganga dan menjerit.Semua pelajar dalam kelas mereka melihat mereka.Miya memegang bahu Hana.’Kamu biar betul ni Hana?Bila?Sejak bila pula kamu..Kenapa dia..’Miya tak tahu nak berkata apa.Hana hanya ketawa mendengar suara Miya yang kebingungan.’Masa balik,kita balik bersama.Saya perlu jumpa budak Ken tu.’Muka Miya serius,Hana cemas.’Ta..tapi Miya menutup mulutnya.’Sudah..jangan halang saya.Saya perlu tanya budak Ken tu.’Hana hanya mengeluh.Miya memang keras kepala.

Miya memimpin tangan Hana keluar sekolah.Ken sedang berdiri bersandar ditembok sekolah,sepertiada seseorang disebelahnya.Hana menarik-narik tangan Miya,menghalang.’Miya,sudah lah.Kita balik saja lah ya?Nanti dia marah.’Miya tetap berkeras,menarik kembali tangannya.Dia mendekati Ken.Ken segera berdiri tegak.’Ken,saya perlu bercakap dengan kamu.’Serius.Hana hanya tercegat di belakang Miya.Tiba-tiba,Kira berdiri disebelah Ken.Miya terkejut.’Hai Hana.Eh,Miya pun ada ya?’Kira meletakkan lengannya dibahu Ken.Miya terus berlari kebelakang Hana.’Hai.Kira ya?’Hana menolak Miya ketepi.Muka Miya merah dan dia hanya tunduk.’Baguslah.Saya ada teman juga.Hana,biar saya yang pimpin kamu ya?’Kira bergurau,Ken menumbuk lengan Kira.’Hei,apa pula ni.’Mereka ketawa kecil.Ken mendekati Hana dan Miya.’Kalau kamu mahu,ikutlah kami kejap.Kami nak makan.’Hana hanya mengangguk dan menghulurkan tangannya kepada Ken.Miya berundur setapak,’Er,Ken,lain kali saja lah kita cakap.Saya..pergi dulu.’Belum sempat diaa menoleh,lengan Miya dipegang oleh Kira.’Alah,ikutlah kami.Saya tak ada teman.Kamu temankanlah saya ya?’Miya menahan nafasnya.

‘Miya,sejak bila kamu berkawan dengan Hana yang cantik ni?’Kira memandang Ken.ken membalas pandangannya dingin.’Er,dari sekolah rendah lagi.’Miya berjalan rapat di sisi Hana.’Oh.Saya dengan budak rambut oren ni berkawan sejak dari dia masuk sekolah tinggi 3 tahun lepas.Nak tahu,dia masuk sekolah kita hanya nak jumpa perempuan idaman dia,Hana.’Ken menepis bahu Kira.Hana dan Miya ketawa melihat gelagat mereka berdua.’Oh,patutlah Ken selalu berjalan dekat dengan Hana.Jadi,dial ah yang kamu selalu hidu baunya ya Hana?’Miya memandang Hana.Hana hanya mengangguk.’Wah,hebatlah Hana.Kamu dapat tahan dengan bau busuk budak ni ya?’Kira mengajukan gaya seperti terhidu bau busuk.Ken menerkam kepala Kira lalu menggosoknya.’Apa kamu kata?Saya busuk?Kamu tu lagi busuk.’Hana dan Miya hanya menahan ketawa mereka.’Kira mendekati Miya.’Miya,kamu ada teman lelaki tak?’Soalan tadi membuat Miya terkaku.Hana mencubit pinggang Miya,memaksanya untuk memberitahu.’Sa..saya tak ada teman lelaki lagi.’Hana menyampuk.’Sebab,Miya ada minat seseorang.’Miya menolak bahu Hana.’Kira berdiri di depan Hana sambil berjalan.Ken masih memegang tangan Hana,tersenyum.’Siapa?Siapa Hana?’..’Urm,orang tu di depan saya saja.Kan Miya?’Miya hanya tunduk malu.Kira tersenyum memandang Miya.’Oh,jadi Miya ni minat kat saya lah?’Kira berdiri di depan Miya pula sekarang.’Saya jadi teman lelaki kamu lah ya?’Miya mendongakkan kepalanya.Terkejut.’Wah,tahniah Miya,kamu dah dapat lelaki idaman kamu.’Hana dan Ken tergelak.’Alah Kira,bukankah selama ni,kamu selalu juga pura-pura bermain di padang untuk tengok Miya kan?’Kira menepuk dahinya sambil mengajukan tumbukan kepada Ken.Tak sangka,pertemuan Hana dan Ken menyatukan juga Miya dan Kira.

Suasana di rumah Hana sunyi-sepi,hanya kipas angin saja berputar ligat.Hana duduk sendirian diatas bangku meja makannya,memakan aiskrim coklat.Wah,panas pula sekarang ni.Ibu Hana keluar menemui kawannya di pecan sebelah.Hana meletakkan kepalanya di atas meja,menconteng-conteng meja dengan jarinya yang panjang itu.Tiba-tiba,dia teringat Ken.’Saya rindukan dia kah?’Hana berasa malu.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya,menekan nombor 1.Hana menunggu Ken menjawab.’Ya?’Akhirnya Ken menyambut.’Hallo.Maaf sebab ganggu.Urm,saya nak tanya,kamu..ada hal kah hari ni?’Ken gembira mendengar suara Hana.’Tak lah,kamu tak ganggu pun.Urm,saya tak buat apa-apa hari ni.Saya sedang berkipas.’Musim panas sudah sampai di bumi Jepun.Ken berkipas diluar biliknya.’Panas kan?’Saya nak..belanja kamu makan aiskrim dirumah saya.Ajaklah Kira juga ya?’Makan aiskrim masa-masa ini memang sesuai,dapat juga kurangkan kepanasan yang menggigit kulit.Ken menelefon Kira,mengajaknya kerumah Hana.Hana menelefon Miya selepas menelefon Ken.’Miya,kamu datang rumah saya boleh?Saya bosan di rumah jadi nak ajak kamu makan aiskrim.Boleh ya?’Hana tersenyum.Bermakna Miya bersetuju untuk ke rumah Hana.Boleh lah Miya bertemu dengan Kira.

‘Ada siapa-siapa di rumah tak?’Kira dan Ken berdiri di luar pintu.Kira mengibar-kibar leher bajunya,Ken pula berkipas dengan kipas kertas.Kebahangan memang terasa di waktu bergini.Hana menuju ke pintu,membukanya.’Maaf lambat ya?Masuk lah.Miya ada bersama kamu kah?’Muka Kira berubah.’Ken,kamu tak bagitahu pun yang Miya datang.Kalau tak,dah saya berpakaian elok tadi.Dasar’Mereka bergaduh kecil.Hana hanya ketawa mendengar.’Saja nak bagi kejutan dengan kamu.’Tak lama selepas itu,Miya datang dengan memakai topi,bergaun pendek.Langkahnya terhenti sebentar,’Alamak!Ki..Kira!’Miya terus menoleh kebelakang.Mengemaskan pakaian dan mukanya,Melangkah ke tempat mereka.’Hana,saya dah sampai.Kenapa tercegat di sini?Masuk lah.Panas ni.’

Hana mencari-cari mangkuk di dapur.’Kat mana mangkuk tu?’Bunyi gelas jatuh.Ken terus mencapai gelas yang jatuh itu.’Biar saya yang cari ya?’Hana merasakan dirinya membebankan Ken.Andai saja saya dapat melihat,tak akan jadi masalah begini.Hendak mencari mangkuk pun perlu bantuan orang.Saya memang..Detik hati Hana.’Hey kamu,apa yang fikirkan tu?Jangan fikir yang kamu tu menyusahkan tau?’Ken memimpin tangan Hana ke ruang tamu,Kira dan Miya rancak berborak.’Amboi,mesranya kamu bercerita.’Hana memegang bekas aiskrim lalu meletakkan di atas meja.’Tak ada lah.Cerita biasa saja.Wah,aiskrim coklat ya?Apa yang kamu tunggu lagi.Makanlah’Kira membuka penutup aiskrim.Haba yang sejuk menerpa muka Kira.’Wah,sejuknya rasa.Miya,biar saya yang ambilkan untuk kamu ya?’Muka Miya merah.Kedinginan aiskrim coklat itu benar-benar membuat mereka gembira menikmati di masa yang panas begini.Tiba-tiba Miya memandang Ken,tajam.’Ken,kamu berhutang dengan saya.Kamu harus jawab soalan saya tempoh hari.’Hana menarik baju Miya,’Dah lah Miya,malu lah saya nanti.’Miya tidak menendahkan Hana.’Kamu..suka kah kawan saya ni?’Ken tunduk,Kira membuat mimic muka yang pura-pura terkejut.’Ken..kamu tak bagitahu saya pun.’Ken menumbuk kepala Kira.Kira sempat mengelak dan dia tergelak.’Urm,ya.Saya suka Hana.’Miya tersenyum,lantas memandang Hana.’Patutlah sejak kebelakangan ni,kamu rajin ke bilik latiha.Rupanya nak jumpa Ken ya?Ken,saya nak kamu tahu,saya pemilik tali pinggang hitam dalam karate,jadi kalau kamu buat kawan saya ni menangis,saya akan pastikan kamu jadi ber merah saya.’Miya mengenggam menumbuknya.Ken dan Kira menelan air liur mereka mendengar bunyi jari Miya berbunyi.Siapa tak kenal dengan kepakaran Miya dalam karate.Miya beberapa kali mewakili sekolah dan pernah mewakili daerah mereka dalam pertandingan negara.’Sa..saya janji tak akan buat Hana menangis.’Miya menyambung memakan aiskrimnya.’Ken,kamu nak tahu tak,walaupun Miya ni nampak ganas,tapi hati di alembut tau.Lagi-lagi pada kamu.Kan Miya?’Hana mengusik Miya.

Cahaya lampu menembusi kegelapan mata Hana yang terlantas di atas katil.Dia menghidu bau yang sudah menjadi kebiasaan sejak dia menjadi buta,bau hospital.’Saya nampak cahaya.’Doktor lelaki itu mematikan lampu.Menyuruhnya bangun.’Doktor Himura duduk di mejanya,ibu Hana memimpin Hana duduk berhadapan dengan doktor itu.’Bagaimana doktor?Anak saya ada peluang tak nak melihat semula?’Muka ibu Hana penuh harapan,Hana sudah lali dengan semua itu.Bukan dia tak mahu sembuh tapi,dari umurnya 10 tahun hingga lah di berumur 17 tahun,dia sentiasa mendengar kata doktor yang sama.’Akhirnya,anak puan ada peluang untuk melihat semula.Kecederaan matanya sudah pun sembuh.Sekarang,dia sedia untuk melakukan pembedahan mata.Cuma,kita perlu tunggu untuk menerima mata baru.Berdoa saja moga ada yang menderma mata.Hana,kamu berdoalah ya?Saya pasti,kamu dapat melihat semula.’Perasaan ibu Hana gembira sangat ketika itu namun Hana,dia tak tahu samaada hendak gembira.Entah,wajah Ken tiba-tiba muncul di benak fikirannya.Hana tak berkata apa-apa ketika di dalam kereta.Ibunya perasan Hana yang berdiam diri,hanya memandang kosong keluar tingkap.’Sayang,kamu kenapa ni?Dari hospital tadi kamu tak cakap apa-apa pun.Kamu okey tak ni?’Hana menegakkan badannya.’Urm,tak ada apa-apa mak.’Berpura-pura tersenyum.’Sayang,kamu tak gembira kah dengar berita tadi?Doktor kata kamu boleh melihat.Cuma perlu tunggu ada peluang untuk dapat mata baru.’Hana menggeleng lemah.’Saya gembira mak.Harap ada lah peluang untuk saya sembuh kan?’Dada Hana terasa sempit,seperti ada batu yang menindih jantungnya.Ken..

‘Apa?Betulkah ni?Baguslah.Saya tahu,kamu memang akan dapat melihat lagi.’Miya memeluk Hana ketika mereka berjalan pulang dari sekolah.Tapi muka Hana tak menunjukkan kegembiraan,hanya berdiam.’Hey,kenapa muka kamu macam tak gembira saja?Ada yang tak kena kah?Ken ada buat kamu menangis ya?’Hana segera menjawab.’Tak..Ken tak buat apa-apa pun.Hem..cuma,saya tertanya –tanya kalau..saya dapat melihat,apa..Ken masih bersama saya?Dia..masih sayangkan saya?’Itu yang buat saya risau.’Miya mengeluh.’Kalau tentang itu,baik kamu bincang dengan Ken sendiri.Saya pasti,dia akan faham.Jangan lah buat muka begitu.Tak cantik lah.Senyum?’Miya mencubit pipi Hana yang gebu,membuat Hana ketawa.Hana berada di dalam biliknya,membuat ulangkajinya.Pintu biliknya diketuk.Hana menoleh,’masuk lah.’Ibunya masuk ke dalam bilik.’Hana sedang buat apa?’Menghampiri Hana yang duduk di atas kerusi belajarnya manakala ibunya duduk di atas katil.’Hana,ibu tanya boleh?’Hana berhenti membaca notanya.’Apa mak?’Ibunya kelihatan teragak-agak.’Urm,kamu..ada masalah ya?Ibu lihat,kamu macam tak gembira dengan berita tempoh hari.Cuba beritahu mak.’Ibunya membelai rambutnya.Hana tunduk,berfikir samaada hendak memberitahu tentang kerisauan yang dia alami.’Saya..gembira mak.Cuma..’Ibunya menyambung.’Cuma..ada sesuatu berkaitan dengan Ken?’Hana terkejut.’Macammana mak..’Ibunya tersengih.’Hana,saya ni kan mak kamu.Mesti lah mak tahu apa yang sedang anak mak sedang rasakan.Ken tu,budak yang baik.Mak percaya kat dia.Dan,kacak juga budaknya.Kalau kamu ada masalah dengan Ken,kamu berbincanglah dengan dia.Ya?’Kata-kata ibunya menyedapkan hatinya.’Ya kah mak?Tak sangka mak boleh tahu.Saya akan bincang dengan dia bila ada masa ya?Dia sibuk dengan kerja dia.Terima kasih ya mak?’Hana memeluk susuk tubuh ibunya itu.

‘Kamu nak ke rumah Ken?Saya rasa tak usahlah kamu ke rumahnya Hana.’Kira menyandar di tepi tingkap,menghadap Hana bersama dengan Miya.’Kenapa pula?Saya dah tak jumpa dia minggu ni.Kira,kamu pasti tahu kenapa Ken tak datang sekolah kan?Kamu kan kawan dia?’Muka Hana risau.Miya memegang lengan Kira.’Kira,tolonglah.Perkara ni penting untuk Hana bincang dengan Ken.Bagitahu kami,Ken di mana?’Kira hanya memandang kosong.Dia mengeluh.’Saya pun tak tahu apa jadi dengan dia sekarang.Saya ada cuba hubungi dia.Kamu tak tahu,pakcik dia tu ganas.Kuat mabuk,sampai saya pun tak berani nak datang rumah dia.Pakcik dia tu,menakutkan.’Mereka terdiam,menggambarkan wajah seorang lelaki yang berwajah ganas dan menakutkan.’Jadi,kamu fikir,di mana Ken sekarang?’Hana semakin risau keadaan Ken.’Saya rasa..dia lari dari rumah lagi.Saya tahu!Ya,di sana saja yang dia akan pergi.Kamu berdua,lepas habis sekolah nanti,kamu tunggu saya di terminal kereta api ya?’Ken terus berlari menuju ke kelasnya.’Nan..nanti!.Hai..apa maksud Kira..di sana saja yang dia akan pergi?’Miya memandang Hana.Hana menggeleng.’Apapun,Kira tahu di mana Ken berada.Kita ikut dia saja ya?’Mereka tidak yahu di mana Ken berada sekarang,samaada dia baik atau sebaliknya.Setelah waktu pulang,Miya dan Hana berada di terminal kereta api yang sesak dengan orang ramai.Mata Miya mencari-cari Kira.Hana hanya tunduk memikirkan Ken.’Mana dia ni?’Di sebelah kiri mereka,Kira muncul,membawa sejambak bunga tulip.Miya pelik,Hana dapat menghidu bau tulip itu.’Tulip?’Miya bertanya kepada Kira.’Tak usah lah kamu tanya dulu.Kita naik kereta api dulu ya?Saya ceritakan semuanya nanti.’Tanpa sebarang penjelasan,mereka menurut saja kata-kata Kira,mengambil tiket.

Di dalam kereta api,Kira duduk bersebelahan Hana.Mereka membisu sejak mula menaiki kereta api itu.Setelah 30 minit,mereka berhenti di sebuah perhentian.Keadaan tempat itu kampung,seperti ada kesedihan yang bakal mereka temui ketika menyusuri sebuah jalan,di atas bukit.’Sebenarnya,hari ni tarikh kematian kedua-dua ibu bapa Ken.Ken pernah cerita kat saya,dulu dia tinggal di sini bersama ibu bapanya.Masa tu,tak silap saya,mereka dalam perjalanan balik ke rumah.Setelah menyambut tahun baru.Mereka di serang perompak.Ken sempat bersembunyi di semak-samun tapi..ibu bapanya,di bunuh di depan matanya sendiri.Masa itu lah,dia di jaga oleh pakciknya.Ken seorang yang baik,tapi..sebab dia tertekan,dia gunakan kekerasan untuk meluahkan perasaannya.Saya dah kenal dia lama,jadi saya faham perangai dia.Tu dia’Mereka berhenti.Ken duduk di bawah sebuah pokok,mukanya seperti baru menangis.Hana dapat merasakan kesedihan itu.Kira mendekati Ken.’Hey..’Kira menepuk bahu Ken.Ken menoleh.’Kira..apa kamu..’Ken menoleh ke arah Miya dan Hana.Segera dia menoleh ke Kira.’Kenapa kamu bawa mereka?’Nadanya marah.Kira tetap tenang.’Hana ada benda nak cakap dengan kamu.Nah,saya ada bawakan tulip.Kamu berbincanglah dengan Hana dulu.’Kira memberikan bunga itu kepada Ken lalu memberi isyarat kepada Miya untuk membawa Hana mendekati mereka.’Miya,saya nak bawa kamu jalan-jalan dulu,mahu?’Kira memberi isyarat untuk meninggalkan mereka berdua.Ken masih duduk membelakangkan Hana yang tercegat.Tiupan angin membawa bau Hana ke arah Ken,lalu Ken berdiri.’Sa..saya tumpang simpati dengan apa yang terjadi pada kamu dulu.’Hana melangkah setapak mendekati Ken.Ken menahan sebaknya mengingatkan peristiwa yang mengambil nyawa orang yang tersayang.’Simpati?Saya dah lelah dengan perkataan tu.Tiada siapa yang memahami keadaan yang saya alami selama ni.’Nada Ken tinggi,seolah-olah marah.Hana mula menangis.’Ken,kenapa..kamu cakap bergitu?Simpati?Tidak ada yang memahami kamu?’Hana menggigil menahan esakannya.Ken hanya diam,mengawal marahnya.Tak disangka,dia sanggup menaikkan nadanya terhadap Hana.’Saya..selalu..di anggap menyusahkan semua orang.Saya tak minta semua tu!’Ken menghentakkan kakinya.Hana mula menangis teresak-esak.Miya yang melihat dari jauh terkejut,berjalan ke arah mereka namun Kira menghalang.’Biarkan mereka.Saya pasti,Hana dapat memujuk hati dia yang keras tu.’Miya hanya memandang mereka.’Sampai hati kamu cakap begitu Ken.Saya..sentiasa menganggap diri saya menyusahkan orang lain,lagi-lagi kamu.Kamu kata tak ada sesiapa yang memahami kamu?Simpati?Saya sentiasa merasakan simpati,sentiasa merasakan tiada siapa yang memahami saya..hinggalah..saya berjumpa kamu.Tapi saya tak sangka..kamu kata begitu dengan saya..Saya kehilangan seorang lelaki yang amat penting dalam hidup saya.Ayah saya hinggalah saya..bertemu kamu.Saya tak mahu kehilangan orang..yang saya sayang.Tapi kamu..’Hana menangis.Ken tunduk,airmatanya juga mula mengalir.Hana mula melaangkah pergi dalam keadaan yang teragak-agak.Tiba-tiba kakinya terlanggar batu,dan dia terjatuh.Ken yang mendengar teriakan Miya segera menoleh.ken berlari mendapatkan Hana yang duduk,menangis.Ken memeluknya dari belakang.’Maafkan saya Hana.Maafkan saya sebab..berkata begitu.Saya..tak mahu kehilangan orang yang saya sayang juga.Maafkan saya.Saya..’Airmata Ken mengalir mengenai rambut Hana.Hana masih menangis,namun dia lega mendengar Ken yang menyesali perbuatannya tadi.Kira dan Miya berlari mendapatkan mereka.Ken mendukung Hana.Tongkat Hana dipungut oleh Miya.’Kamu tak apa-apa kah Hana?’.Ken hanya tunduk,mungkin rasa bersalah kerana menyebabkan Hana terjatuh.’Saya tak apa-apa’.Miya menyapu airmata Hana dengan sapu tangannya.’Lutut kamu luka.Lebih baik kita bawa Hana balik.’Kira memandang Ken.’Saya..minta maaf.’Ken masih tunduk.’Tak apa lah Ken.Asal kamu dah sedar sekarang yang kami semua kawan kamu.Kami tak anggap kamu ni menyusahkan pun.Kita bawa Hana balik dulu ya?’Kira cuba menenangkan perasaan Ken.’Ken,saya tak apa-apa.Baguslah kalau kamu dah sedar.’Hana menyentuh pipi Ken yang panas.Ken memandang Hana,ternyata ada ketenangan dalam wajah Hana.’Dah petang ni.Saya rasa,biarlah kita bermalam dulu di rumah nenek saya.Tak jauh jua.’Mereke berjalan menuju ke sebuah rumah yang terpencil.Kelihatan asap keluar dari cerowong,rumah kampung yang kecil.Terdapat sebuah kebunkecil di hadapan rumah itu,di tepinya,susunan baju tersidai,manakala kandang lembu berada di belakang rumah kecil itu.Susuk tubuh seorang perempuan tua sedang sibuk membersihkan halaman rumah.Perempuan tua itu sedar akan kehadiran 4 remaja itu,dia segera mendekati Ken yang mendukung Hana.’Ken,kenapa dengan kawan kamu ni?’Mereka memberi hormat.Hana dapar menghidu bau kasihsayang dari perempuan tua itu.’Maaf nek sebab kami menyusahkan nenek.’Kira memberi hormat sekali lagi.’Tak apa,sekarang kamu masuk dulu.Kawan kamu ni perlu dirawat.Ken,bawa kawan kamu ni masuk ya?’Mereka masuk ke dalam rumah yang kecil itu namun cukup menenangkan.Setelah luka Hana dirawat,nenek itu membawa makanan yang panas.Hana menghidu bau kari.’Wah,kari ya nek?’Mereka duduk mengelilingi unggun api yang berada di tengah-tengah rumah itu.’Kamu suka ya?Kamu makan lah banyak-banyak.Mesti kamu laparkan?’Semua mereka menelan liur.Nenek Ken keluar menuju ke kandang lembu.’Wah Ken,nenek kamu baik lah..umm,pandai masak lagi.’Kra makan dengan gelojohnya hingga terbatuk.Miya memukul belakang Kira.’Kamu ni gelojoh sangat.’Miya menghulurkan air.Hana dan Ken hanya ketawa melihat gelagat mereka.Ken memandang Hana,masih rasa bersalah.’Hana..saya,minta maaf.’Hana menggeleng,memberikan senyuman kepada Ken.’Tak apa,saya tahu keadaan kamu masa tu tak tenang.Saya dah maafkan kamu pun.’Ken tersenyum,lega.Sepanjang mereka makan,Ken memegang tangan Hana,meletakkan tangan Hana di atas pahanya.Saya rindukan kelembutan tangan kamu.Saya rindukan kehangatan tangan kamu.

‘Kamu berdua tidur di sini saja dalam bilik ya?Ken dan Kira,kamu tidur di sini.’Hana dan Miya menukarkan pakaian mereka dengan pakaian yang dulu milik ibu Ken.Ken dan Kira membuat muka sedih.’Tapi nek,sejuk lah.’Nenek Ken memandang sinis.’Kat rumah ni cuma ada 2 bilik.Tak kan nak kongsi dengan anak gadis kot.Nenek dah tua,tak tahan sejuk,jadi kamu sanggup kah tengok nenek tidur di luar?’Ken dan Kira menggeleng.Miya dan Hana hanya ketawa kecil.’Ha,bagus-baguslah kamu ya?Kami tidur dulu.Selamat malam’Miya memimpin Hana masuk ke dalam bilik.Ken dan Kira merenung sehelai selimut,mata mereka berpandangan..mereka berebut mendapatkan selimut itu,seperti budak-budak.’Ni selimut saya..pergi!’Ken menarik selimut itu kesebelah kiri manakala Kira ke sebelah kanan.’Saya ni tetamu!.Kamu patut bagi saya..Lepaskan!’Tak mengalah.’Tak ada!.Ni selimut saya!.Saya akan gigit kamu kalau tak lepaskan!’.Ken menendang-nendang paha Kira.’Ya!ya!..main kasar pula.Rasakan!’Kira mengeletek perut Ken dengan ibu jarinya.Ken ketawa tapi masih tak melepaskan selimut itu.’Kamu berdua,tidurlah!’Suara nenek itu membuat mereka berhenti bergaduh.Hana dan Miya ketawa,’Rasakan.’Miya sengaja menguatkan suaranya.Akhirnya,Ken dan Kira terpaksa berkongsi selimut itu dalam kesejukan malam.

Pada keesokkannya,mereka bersiap sedia untuk kembali ke bandar.Wajah nenek Ken kelihatan sedih,begitu juga dengan Ken.’Kamu bagus-baguslah di sana ya?Kalau kamu ada cuti,datang ke rumah nenek saja ya?’Nenek Ken mencium Ken dan memeluknya erat.Miya dan Kra juga memeluk nenek itu.Hana memeluk nenek Ken.’Kamu gadis yang baik.Kamu bersabar saja dengan perangai cucu nenek ni.Dia budak baik cuma nakal sikit.Jaga diri kamu ya?Ken,jaga dia bagus-bagus tahu?’Hana mencium pipi nenek itu.’Ya,nenek pun jagalah kesihatan ya?Ada masa,saya datang melawat nenek ya?’Ken mencapai tangan Hana.’Kami pergi dulu ya nek?Nanti,saya balik juga ya?Janganlah risaukan saya.’Mereka melambai-lembai nenek Ken hinggalah tiba di selekoh.’Nenek kamu baik lah Ken.Nanti cuti,kita datang sini saja lah kan Miya?’Kira memandang Miya,’Kalau nak datang rumah nenek saya,kamu bawa selimut sendiri.Jangan kongsi dengan saya.Dah lah berdengkur,gundah lagi.’Mereka ketawa.’Eh,bukan saya yang berdengkur tahu.Ken ni yang berdengkur tahu Hana.Dan dia mengigau..Hana,Hana’Kira membuat mimik muka kepada Ken.’Mana ada!.Buat cerita ya?’Ken mengejar Kira.Hana hanya ketawa sambil di pimpin oleh Miya.’Macam budak-budak saja lah mereka tu.’

Petang itu,cuaca kelihatan begitu cantik.Musim luruh sudah pun tiba.Ken duduk di sebelah Hana,mencapai sehelai daun yang gugur lalu memberikannya kepada Hana.’Terima kasih.Urm Ken,saya nak tanya boleh?’.’Tanya saja lah’.Ken menanti soalan yang Hana ajukan.’Waktu hari,saya dan mak ke hospital.Doktor kata,saya..boleh dah lakukan pembedahan mata.’Ken gembira.’Betul kah?Bagus lah kalau begitu.’Ken memegang kedua-dua tangan Hana.Namun wajah Hana sedih.’Kenapa..kamu sedih?’Hana menoleh.’Saya takut..kamu tak mahu jadi mata saya lagi,kamu tak mahu pimpin tangan saya lagi bila saya dah dapat melihat.Saya takut.’Hana mula menangis.Ken tersenyum,rupanya begitu.’Apa yang kamu fikir ni?Saya pernah berjanji,akan sentiasa pimpin tangan kamu.Jadi mata kamu,sebab hanya di mata kamu,saya merasakan ketenangan.Jadi,janganlah fikir bukan-bukan ya?’Ken mencium pipi Hana lembut.Hati Hana lembut,meyakinkan Hana untuk pulih.Dia teringin hendak melihat wajah Ken sekarang,menatapnya.

Harinya telah tiba.Tepat pada hari jadi Hana,Hana mendapat berita gembira iaitu dia akan menjalani pembedahan mata.Hana terbaring di atas katil,di temani ibunya,Miya dan Kira.’Ken,mana Ken?’Kira terdiam,memandang Miya.’Urm,dia lambat datang..katanya da hal.Dia akan datang lepas kamu dah selesai di bedah.’Miya menyambung.’Er,dia akan datang juga.Kamu janganlah risau ya?Kamu perlu bersedia untuk pembedahan nanti.Kami ada di sini masa kamu dah sedar okey?’Hana hanya merenung kosong siling hospital itu.Tanpa kehadiran Ken membuat dia merasakan kekosongan.Seorang doktor lelaki di temani oleh 2 jururawat wanita memasuki bilik itu.’Baik lah cik Hana,dah bersedia?’Juru rawat itu mendekati Hana,memimpinnya untuk baring di sebuah katil yang bergerak.Ibunya memeluk Hana,’Bagus-bagus ya sayang?Ibu tunggu kamu juga ya?’Hana mengangguk.Miya dah Kira turut memeluknya.Badan Hana sejuk,kehangatan badan Ken tentu dapat meredakan sejuk badannya.

Balutan mata Hana belum dibuka.Hati Hana berdebar kencang.Dapatkah dia melihat?Apa yang akan dia lihat?Miya memeluk ibu Hana,Kira berdiri di sisi mereka,Doktor lelaki itu berdiri di depan Hana.’Kamu dah bersedia Hana?’Hana mengangguk lemah.Hatinya berdebar laju.Perlahan-lahan,balutan matanya dibuka.Hana masih menutup matanya.’Bila saya suruh kamu buka mata,kamu buka perlahan-lahan ya?’doktor itu menarik nafas.Hati ibu Hana.Miya dan Kira turut berdebar.Mereka berdoa semoga Hana dapat melihat.’Baiklah Hana,buka mata kamu perlahan-lahan ya?’Hana membuka matanya perlahan-lahan.Silau..Cahaya?Saya nampak cahaya.Hana membuka matanya.Pertama kali Hana melihat melihat dunia setelah di selubungi kegelapan selama 10 tahun.’Macammana Hana?’doktor itu memandang Hana.Hana memandang tepat ke arah mata doktor tadi.Wajah Hana ceria,air matanya mengalir.’Saya..saya..dapat melihat.Saya dapat melihat!.’Ibu Hana terus mendapatkan Hana,mereka menangis kegembiraan.’Baguslah kamu dah dapat melihat semula sayang..baguslah.’Suasana didalam bilik itu penuh kegembiraan namun Hana merasakan sesuatu yang kurang.

‘Katakan pada saya Kira,mana Ken?Saya perlu jumpa dia..’Hana duduk di atas katil hospital memandang Kira yang berdiri bersandar dinding.’Ken..tak mahu saya bagi tahu kamu.Maaf’Wajah Kira gelisah.’Apa..dia kah yang dermakan mata ni?’Hana mula menangis.’Katakan Kira!.Apa benar yang saya cakap tadi?!.Dia di mana?!.’Hana mendekati Kira.’Dia..ada di sini.Dia..kat wad lelaki.bilik 351.’Hana terus berlari keluar dari bilik itu,mencari nombor 351.’Hana!Hana!’Miya dan Kira mengejar Hana dari belakang.Hati Hana merasa pedih,dia tak mahu gembira dia atas penderitaan Ken.Kerana terlalu ingin melihat,Ken sanggup mendermakan matanya.Hana menjumpai bilik 351.Nafasnya tercungap-cungap.Tangisannya masih mengalir.Tangannya menggigil semasa membuka pintu itu.Langkah perlahan.Ken!.Hana melihat Ken terbaring di atas katil,Ken memandang keluar tingkap.Wajahnya sedih.Hana terus memeluk Ken.’Ken,kenapa kamu bodoh sangat?!.Kenapa..kenapa kamu sanggup dermkan mata kamu untuk saya?!Kenapa?’Hana menangis teresak- esak.Ken memegang bahunya.’Hana,kamu dapat lihat saya?’Muka Ken seperti melihat mutiara.Hana pelik,mata Ken masih ada.’Ken,mata kamu..’Miya dan Kira berlari masuk kedalam bilik Ken.’Hana sebenarnya..Ken..dia..cuma patah kaki.Dia..tak mahu kamu tahu..sebab..dia tak mahu kamu risau..’Kira tercungap-cungap.Hana memandang Ken yang tersenyum lebar.’Jadi..bukan kamu yang dermakan mata ni?’Ken menggeleng.’Baguslah.Saya risau sangat tadi.’Hana memeluk Ken dengan erat sekali.

Hana baring di sebelah Ken di atas katil.Matanya asyik memandang Ken.Ternyata,Ken memang kacak.Rambutnya oren,hidungnya mancung dan memilki mata yang kuyu.Muka Ken merah.’Kenapa pandang saya begitu?’Ken memandang Hana.’Saya..nak tengok muka kamu puas-puas.’Ken tersenyum,mencium dahi Hana.’Saya gembira sangat kamu dah dapat melihat.Saya tak perlulah pegang tangan kamu lagi kan?’Hana membuat muka sedih,Ken hanya ketawa.’Saya main-main saja lah.’Hana memeluk pinggang Ken rapat.’Ken?’..’Urm?’..’Saya..cintakan kamu.’..Ken tersenyum,mencium rambut Hana.’Saya pun..cintakan kamu..’

Ternyata cinta itu wujud.Cinta itu datang dengan cara yang berlainan,kita akan mengalami cinta itu dengan cara yang berlainan.Bagi Hana,cintanya cuma Ken.Mungkin,cinta itu akan datang pada kita dengan tiba-tiba tanpa kita sedari pun.

TAMAT...21\12\2010.9:27 MALAM

1 comment:

  1. komen saye ialah.. terlalu pnjag untuk dbce.. nxt tym baru bce yer.. hehehe ;)

    ReplyDelete